Kabinet putusan Bangunan Malaysia di HK dijual secara tender terbuka
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Kerajaan memutuskan supaya penjualan tanah dan Bangunan Malaysia di
Hong Kong tidak dilakukan secara rundingan terus tetapi sebaliknya
secara tender terbuka, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Menurutnya,
kabinet memutuskan proses penjualan dan pelupusan hartanah itu
dilakukan secara tender terbuka untuk memastikan kerajaan mendapat nilai
terbaik. “Keputusan itu selaras dengan komitmen kerajaan untuk
menjalankan pentadbiran dengan berpandukan prinsip Cekap, Akauntabiliti
dan Telus (CAT), sekali gus memastikan kebajikan rakyat dipelihara
dengan sebaiknya dalam setiap keadaan.
“Kerajaan terdahulu
memutuskan untuk menjual tanah dan bangunan berkenaan secara rundingan
terus kepada sebuah syarikat pada harga RM1.1 bilion, yang mana surat
tawaran dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sebelum 9 Mei 2018.
“Akan
tetapi selepas perubahan kerajaan, Kementerian Kewangan menerima
beberapa tawaran lain pada nilai yang lebih tinggi, setinggi RM1.6
bilion berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh kerajaan terdahulu
melalui rundingan terus sebanyak RM1.1 bilion,” katanya dalam kenyataan,
hari ini.
Lim
berkata, proses tender terbuka untuk penjualan tanah dan bangunan itu
sedang berjalan, dan diyakini akan dapat memberikan hasil yang
bersesuaian dengan nilai sebenar hartanah terbabit, sekali gus
memberikan penjimatan terhadap perbelanjaan kewangan kerajaan.
Menurut
beliau, mesyuarat kabinet kerajaan terdahulu mencadang dan memutuskan
untuk menjual tanah dan melupuskan bangunan tersebut secara rundingan
terus pada 14 Mac 2018 disebabkan, di antara lain, kos membaik pulih
bangunan tersebut terlalu tinggi sehingga mencecah RM300 juta.
“Adalah
dikesali apabila bekas Menteri Kewangan Najib Razak cuba mengelak
daripada menjawab soalan mengapa pentadbiran beliau memutuskan untuk
menjual tanah dan bangunan itu secara rundingan terus dan bukan secara
tender terbuka.
“Sebaliknya, beliau cuba mengalihkan perhatian
dengan bertanya sama ada projek terowong bawah dasar laut di Pulau
Pinang juga dijalankan secara tender terbuka,” katanya.
Lim
juga menegaskan, projek terowong bawah dasar laut di Pulau Pinang
dijalankan secara tender terbuka selaras dengan dasar Kerajaan Negeri
Pulau Pinang yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya,
sudah tiba masanya untuk Najib menjelaskan mengapa beliau bersetuju
dengan penjualan tanah dan bangunan terbabit secara rundingan terus
dengan harga yang begitu rendah iaitu RM1.1 bilion, berbanding dengan
harga tawaran lain setinggi RM1.6 bilion.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan