Nurul Izzah: Gelar Dr M bekas diktator bukan perkara baru
Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mempertahankan
kenyataannya tentang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara
media Singapura, Straits Times.
Bercakap pada sidang media
hari ini, anak sulung kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim itu
menjelaskan, gelaran bekas diktator kepada Mahathir itu bukanlah satu
perkara baru dan pernah disebutkan beberapa kali sebelum pilihan raya
lalu."Bagi saya ia adalah satu fakta. Saya pernah mengatakannya sebelum pilihan raya. Saya pernah katakannya ketika demonstrasi Bersih 3 dan 4.
"Saya tak faham kenapa ia menjadi satu masalah apabila saya sampaikan pada ruang perbincangan yang berbeza walaupun dalam mesej yang sama," katanya di lobi parlimen hari ini.
Minggu lalu, Nurul Izzah dalam wawancaranya dengan Straits Times memberi gambaran bahawa penggal ini merupakan yang terakhir baginya menjadi wakil rakyat.
Antara lain, Nurul Izzah menyatakan rasa kecewanya dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam parti komponen PH.
Selain itu, ahli parlimen Permatang Pauh itu juga menyentuh tentang cabaran bekerjasama dengan Dr Mahathir yang disifatkannya sebagai "bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan".
“Perlu bekerja dengan bekas diktator yang telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam hidup (keluarga) kami bahkan kepada sistem (pemerintahan negara), ia bukan mudah," katanya.
Nurul Izzah juga menyifatkan
agenda perubahan di bawah pentadbiran PH berjalan terlalu perlahan, yang
ditegaskan sekali lagi dalam sidang medianya hari ini.
"Ia
(agenda perubahan) perlahan.. Salah ke saya cakap macam tu? Adakah ia
tidak boleh diterima? Saya rasa okey saja sebagai seorang rakyat,
sesiapa pun boleh komen mengenai langkah reformasi itu dan Insyallah
kita akan ke arah itu bersama," katanya.Susulan daripada itu, semalam, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali melalui Twitter yang menyebutkan bahawa Malaysia memerlukan pemimpin yang akan berjuang sehingga ke saat akhir, dan bukannya pemimpin yang "cengeng".
Meskipun tidak menyebut nama pemimpin yang dimaksudkan, kenyataan menteri hal ehwal ekonomi itu dipercayai ditujukan buat Nurul Izzah yang juga bekas naib presiden PKR.
Susulan kenyataan Azmin, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad pula mengirim ciapan di Twitter yang berkata tidak wajar untuk menggelarkan "seorang wanita yang menyatakan pendirian sebagai cengeng".
Ulasan
Catat Ulasan