PRK Rantau: SPR hantar 20,922 kad pengundi bermula hari ini


Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata bahawa penghantaran kad pengundi ini adalah inisiatif SPR bagi menggalakkan dan memudahkan pengundi mengundi di PRK Rantau.
Kad pengundi mengandungi maklumat mengundi seperti tempat mengundi, saluran serta tarikh dan masa mengundi.
Pengundian awal dijadual pada 9 April, manakala hari mengundi ditetapkan pada 13 April.
Azhar berkata dengan inisiatif ini, pengundi tidak perlu disemak lagi di barung SPR selepas maklumat keperluan dinyatakan dalam kad tersebut.
Bagaimanapun, SPR menegaskan bahawa pengundi masih perlu membawa kad pengenalan dan pengundi juga diingatkan untuk membawa bersama kad pengundi bagi membantu untuk disemak.
Mana-mana pengundi yang tidak menerima kad pengundi mungkin kerana berpindah ke alamat baru, boleh membuat semakan maklumat mengundi di portal SPR www.spr.gov.my atau applikasi MySPR.
Mereka juga boleh membuat semakan melalui khidmat pesananringkas SMS (SPR <jarak> SEMAK <jarak> nombor MyKAD) dihantar ke 15888.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 ahli Parlimen PKR keluar parti, PH

MAHATHIR TELAH HILANG AURA, MASA BERUNDUR KINI TIBA!!

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA