Putrajaya jamin tidak akan guna Akta Anti Berita Palsu
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan ia tidak akan menggunakan Akta Anti Berita Tidak Benar terhadap mana-mana orang walaupun akta itu masih berkuatkuasa.
Dewan Rakyat meluluskan usul memansuhkan akta tersebut tahun lepas tetapi ditolak Dewan Negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata tiada orang disiasat atau didakwa bawah akta itu.
“Ini tidak bermakna kerajaan bertoleransi terhadap penyebaran berita-berita tidak benar termasuklah penghinaan ke atas nabi, atau pun mana-mana agama, atau penghinaan ke atas raja atau institusi raja,” katanya.
Hanipa berkata terdapat undang-undang lain yang boleh digunakan untuk menangani kes seperti itu, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia.
Contohnya, pensabitan seorang individu di Sarawak, katanya.
Seorang penggunaa Facebook dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuching selepas mengakui menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Ulasan
Catat Ulasan