Antara tangan-tangan yang membina Malaysia

Bersempena Hari Pekerja, Malaysiakini meninjau keadaan pekerja asing yang berjasa besar kepada ekonomi negara, terutama dalam melakukan tugas yang jarang-jarang dilakukan rakyat Malaysia.
Sehingga Jun lepas, Jabatan Imigresen mencatatkan seramai 1,781,598 pekerja asing bekerja di 11 sektor di seluruh negara.
Mereka yang kebanyakannya berasal dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Myanmar, berhijrah ke negara ini untuk mengubah nasib dan keluar daripada belenggu kemiskinan di negara asal.
Dalam perjalanan Malaysia menuju status negara maju, mereka inilah juga tulang belakang di sebalik bangunan-bangunan pencakar langit yang berdiri megah di ibu kota.
Bahrun, 26, bekerja di tapak sebuah projek mercu tanda di tengah-tengah Kuala Lumpur. Dia berhijrah ke Malaysia dari Bangladesh sejak enam tahun lalu untuk bekerja dalam sektor pembinaan.
Sektor pertanian di Tanjong Karang sebahagian besarnya dibantu oleh tenaga pekerja asing, terutamanya dari Bangladesh.
Mosen Muhammad, 28, membantu memelihara rumput di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad yang ikonik.
Mosen pada awalnya terlibat dalam sektor perladangan tetapi berpindah ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan kadar upah yang lebih baik.
Marhaini Ginting, 37, berasal dari Indonesia dan bekerja sebagai pembantu restoran di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Shukran, 26, yang juga berasal dari Indonesia, bekerja enam hari seminggu di ladang kelapa sawit di Tanjong Karang.
Seorang budak lelaki Rohingya membantu memunggah barang di pasar borong Selayang.
Nayan, 48 yang bekerja di sebuah kedai dobi di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, mengirimkan sebahagian besar gajinya kepada keluarganya di India setiap bulan.
Thevan, berusia 50-an, menaikkan surat khabar ke motosikalnya pada awal pagi sebelum dihantar ke sekitar Kuala Lumpur.
Pada usia 63 tahun, warga Bangladesh, Ali Mohsen masih bekerja membaiki TV dan peralatan elektronik di Segambut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar