Anwar yakin PH tunai manifesto ‘setahun, dua’ lagi
Katanya, kerajaan dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed memerlukan masa untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu dan ini bukannya dapat diselesaikan dalam masa yang sangat singkat.
Katanya, perkara yang paling penting untuk diberi penekanan ialah menyelesaikan kemelut ekonomi yang menjadi keluhan rakyat seperti kos hidup yang tinggi.
Jika ekonomi dapat diberi perhatian, maka rakyat akan mendapat faedahnya. Itu yang utama,” kata anggota Parlimen Port Dickson itu.
Turut hadir, Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.
Ditanya mengenai kerjasama Umno dan PAS, Anwar berkata, gabungan kedua-dua parti itu mampu memberi saingan kepada PH, namun ini bergantung kepada prestasi dan kapasiti pencapaian wakil rakyat PH.
“Memang saya akui kerjasama itu mampu membentuk gabungan tapi saya tidak nafikan ia akan memberi saingan kepada PH bergantung kepada prestasi dan kapasiti mereka sendiri,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan