APAKAH TUN M LUPA, BELIAU PERNAH MINTA RAJA PECAT PERDANA MENTERI SEBELUM INI?

Mungkin kerana faktor usia, seseorang itu kadangkala terlupa kata-kata dan tindakannya sebelum ini.
Ketika menjawab kata-kata Tunku Mahkota Johor atau TMJ terhadapnya, Tun Mahathir Mohamad berkata, keududukannya sebagai Perdana Menteri adalah ditentukan rakyat.
Tetapi, kata beliau, TMJ pernah ditukar suatu ketika dahulu iaitu merujuk kepada Sultan Mahmud yang digantikan dengan adiknya pada tahun 1961.
Sultan Mahmud bagaimanapun dikembalikan semula sebagai TMJ pada tahun 1981, tidak berapa lama sebelum kemangkatan ayahandanya, dan selepas itu ditabalkan sebagai Sultan Johor.
Sehubungan itu, tambah Tun Mahathir, TMJ hanyalah orang kecil, bukannya orang besar.
“Dia bukan orang besar, dia orang kecil. Kalau dia boleh nak undi, dia undilah bagi saya jatuh,” katanya lagi.
Dalam hal ini, di sebalik ada nada sedikit besar diri bahawa hanya rakyat boleh menukar kedudukannya, Tun Mahathir terlupa agaknya bagaimana ketika beliau mengetuai Deklarasi Rakyat dan mempersembahkan kira-kira 1 juta tandantangan (kononnya) kepada Yang Dipertuan Agong beberapa tahun sebelum ini untuk memohon agar Najib Razak dipecat sebagai Perdana Menteri.
Kenapa Tun Mahathir mahu Agong memecat Najib jika betul beliau sedar hanya rakyat boleh menukar kedudukan Perdana Menteri?
Mengapa bersusah payah dan membuang masa mengumpul tandatangan ke seluruh negara untuk dipersembahkan kepada Agong?
Apakah Raja hanya dianggap berguna kepada Tun Mahathir ketika beliau memerlukan mereka, tapi memperlekehnya apabila sudah mendapat kuasa?
Di sebalik itu, tindakan Tun Mahathir mahu bergaduh dengan Raja-Raja yang berpunca daripada isu perlantikan Exco Johor baru-baru ini, jelas tidak begitu disenangi oleh majoriti rakyat jelata.
Dalam Bersatu sendiri pun ramai yang tidak begitu gembira kerana menganggap perkara itu bukanlah keutamaan seorang Perdana Menteri dalam era Malaysia Baru ini.
Hanya segelintir pentaksub dan pemuja Tun Mahathir saja yang terus menyokong dan setuju dengan pergaduhannya dengan Raja-Raja kali ini.
Bagi majoriti yang waras, tugas sebenar Perdana Menteri ialah mengurus negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Tetapi, apa faedahnya kepada rakyat melalui pergaduhan yang diciptanya dengan Raja-Raja itu?
Bergaduh dengan Raja-Raja tidak membawa apa-apa faedah kepada negara, kecuali mungkin dapat membuatkan rakyat lupa terhadap kerajaan yang prestasinya begitu rendah ketika itu.
Tidak dipastikan, tetapi tidak mustahil mungkin itulah juga tujuan Tun Mahathir mencipta pergaduhan dengan Raja-Raja sekali lagi sekarang ini.
Melalui pergaduhan dengan Raja dan berbalas-balas kenyataan di media, rakyat tentu akan jadi terbuai dan lupa kepada permasalahan sebenar dalam negara seperti banyak janji yang masih tidak ditunaikan, kos sara hidup, kenaikan harga barang, tiada peluang pekerjaan dan sebagainya.
Rakyat mengundi PH dan menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri bukanlah untuk melihat beliau bergaduh sekali lagi dengan Raja-Raja, tapi kerana mahu negara ini diselamatkan dan ditadbir dengan lebih baik berbanding sebelum ini.
Apakah Tun Mahathir sedar tugas dan keutamaan sebenar beliau yang diharapkan rakyat?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 ahli Parlimen PKR keluar parti, PH

MAHATHIR TELAH HILANG AURA, MASA BERUNDUR KINI TIBA!!

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA