Bekas perdana menteri Najib Razak memohon kepada Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan tujuh pertuduhan ke atasnya
berkaitan dana RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak
syarikat 1MDB.
Menurut peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin, bekas
perdana menteri itu terkeliru dengan kata-kata dalam kertas pendakwaan,
menyebabkan berlakunya kesalah laksanaan keadilan (miscarriage of justice).
Kamarul
ketika berhujah di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata
kata-kata pertuduhan mengenai butiran kesalahan tidak memberikan
makluman mencukupi kepada Najib untuk mengetahui apakah tuduhan
terhadapnya dan menyediakan pembelaan secara wajar.
"Seksyen 154
Kanun Prosedur Jenayah menyatakan bahawa pertuduhan itu hendaklah
mengandungi butiran mengenai cara kesalahan yang dikatakan itu dilakukan
sebagai mencukupi.
"Di sini, tertuduh (Najib) tidak mempunyai
notis yang mencukupi tentang apa yang dia dituduh selaku (ketika
menjadi) perdana menteri," kata Kamarul kepada hakim Mohd Nazlan.
Pendakwaan berganda pada Najib
Peguam
itu berhujah mengenal pasti butir-butir kesalahan yang dikatakan dalam
pertuduhan merupakan suatu hal yang penting kerana ia bertujuan
memastikan tertuduh mendapat perbicaraan yang adil selaras dengan
Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan.
"Pihak pendakwa mesti
menonjolkan (butir-butir mengenai kesalahan pelanggaran jenayah pecah
Najib, penyalahgunaan kedudukannya sebagai perdana menteri dan
pengubahan wang haram) supaya pasukan pembelaan dapat menyediakan suatu
perbicaraan yang adil," kata Kamarul.
Perbicaraan SRC
International ke atas Najib juga didengar hakim Nazlan. Bagaimanapun,
pendengaran kes akan bersambung pada Isnin minggu hadapan.
Kamarul
juga berkata pertuduhan ke atas Najib menyebabkan bekas perdana menteri
itu terdedah kepada pendakwaan berganda kerana beliau dikenakan lebih
daripada satu pertuduhan bagi kesalahan yang sama.
Peguam
itu selanjutnya berhujah inilah yang dihadapi oleh Najib terhadap
pertuduhan penyalahgunaan kuasa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan juga untuk tiga tuduhan
pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang
Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amlatfa).
Bagaimanapun,
Timabaln Pendakwaraya (DPP) V Sithambaram membalas hujah Kamarul,
menegaskan bahawa pasukan pembelaan Najib sendiri sejak awal lagi telah
bersetuju untuk menyatukan tujuh pertuduhan terhadap bekas perdana
menteri itu untuk dibicaran secara bersama.
Beliau berkata melalui
sepucuk surat, pasukan peguam bela Najib telah memberikan persetujuan
terhadap tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan
pengubahan wang haram untuk didengar bersama.
"Kepada rakan
bijaksana saya (pasukan pembelaan) yang pada hari ini mengadu mengenai
salah laku tuduhan adalah satu perkara yang hanya difikirkan kemudian,"
kata Sithambaram.
Sithambaram mengingatkan mahkamah bahawa pasukan
peguam bela Najib boleh mendapatkan dokumen berkaitan kes itu dan cara
mereka melakukan pemeriksaan balas sepanjang perjalanan perbicaraan SRC
International menunjukkan tertuduh tidak pernah dikelirukan atau
diprejudiskan oleh pertuduhan berkenaan.
Beliau berkata pihak pendakwaan telah membekalkan pembelaan dengan 35 jilid dokumen mahkamah yang berkaitan dengan kes tersebut.
"Pada
akhir perbicaraan (boleh ditentukan) sekiranya terdapat prasangka.
Tanpa mendengar bukti (dibentangkan oleh setiap saksi pendakwaan), usul
ini adalah suatu yang pramatang," katanya.
"Pada peringkat ini, melainkan jika kes ini dengan jelas berlaku pelanggaran (crosses the line),
perbicaraan (kes SRC Najib) perlu diteruskan dan rakan bijaksana saya
(pasukan pembelaan) perlu terus bersabar dan menunggu sehingga ke akhir
perbicaraan," kata DPP lagi.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi. Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi. PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Pia...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan