Pengerusi baru PPBM Johor diumum lepas Aidilfitri


JOHOR BAHRU: Pengerusi PPBM Johor yang baru sudah diputuskan, namun pengumuman rasmi mengenainya hanya akan dibuat selepas Aidilfitri ini.
Pengarah media PPBM Johor, Solihan Badri berkata, pengumuman akan dibuat oleh presiden parti itu, Muhyiddin Yassin, yang juga penyandang jawatan pengerusi PPBM negeri berkenaan.
“Saya rasa sebelum pemilihan parti berlangsung (pengumuman dibuat) dan kita harap ia dapat diselesaikan dengan baik sebab ini penting untuk perjalanan parti dan kerajaan.
Selain itu, setiausaha agung PPBM, Marzuki Yahya juga akan membuat surat rasmi berhubung lantikan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku ‘Bersatu Mulanya Di sini’ oleh Muhyiddin, yang juga menteri dalam negeri, di sini hari ini.
Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor, Mazlan Bujang, yang digugurkan minggu lalu, berkemungkinan dilantik mengisi jawatan tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 ahli Parlimen PKR keluar parti, PH

MAHATHIR TELAH HILANG AURA, MASA BERUNDUR KINI TIBA!!

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA