Skandal SRC: Mahkamah tolak permohonan Najib ketepikan tujuh pertuduhan
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Najib Razak
untuk mengketepikan semua tujuh pertuduhan salah guna jawatan, pecah
amanah dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta membabitkan dana
SRC International.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersetuju bahawa alasan pertuduhan terbabit cacat adalah tidak berasas.
Beliau
juga berkata pertuduhan terhadap Najib tidak bersifat pendakwaan dua
kali (double jeopardy) memandangkan setiap pertuduhan adalah berbeza dan
sabitan hanya berlaku jika pihak pendakwaan membuktikan setiap
pertuduhan.
Malah, katanya pasukan pembelaan juga telah dibekalkan dengan dokumen yang berkaitan.
"Setakat
ini sembilan hari berlalu dengan 21 saksi memberi keterangan, dengan
soal balas yang ekstensif, dengan permohonan untuk dokumen daripada
saksi dan dibenarkan mahkamah.
“(Oleh itu) sukar untuk menerima bahawa pembelaan (tertuduh) dikelirukan dengan dakwaan-dakwaan tersebut," kata hakim.
Beliau
juga berkata pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa
adalah kesalahan-kesalahan yang berbeza dan tiada kependuaan.
“Sehubungan itu, permohonan ini ditolak,” katanya.
Sehubungan
itu, hakim mengarahkan perbicaraan hari ke-10 hari ini diteruskan
dengan memanggil dan menyambung mendengar keterangan saksi pendakwaan
ke-21, Pengurus AmBank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi.
Dalam
permohonan notis usul yang difailkan pada 3 April lalu, Najib memohon
supaya tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadapnya itu, digantung atau
dibatalkan.
Beliau mengemukakan alasan bahawa pertuduhan berkenaan
adalah cacat dari segi bentuk dan substans selain ia adalah satu proses
penyalahgunaan mahkamah.
Nazlan pada hari sama menolak permohonan Najib agar notis usulnya didengar dahulu sebelum perbicaraan berlangsung.
Jumaat
lalu, hakim itu menetapkan hari ini untuk membuat keputusan terhadap
permohonan itu selepas mendengar hujah peguam-peguam Najib - Mohd Yusof
Zainal Abiden dan Kamarul Hisham Kamaruddin - serta pendakwa raya ad
hoc V Sithambaram.
Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah
amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan
pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM42
juta.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi. Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi. PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Pia...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan