Sekali lagi Presiden PAS Abdul Hadi Awang menggunakan medium tulisan
untuk memanfaatkan kemahiran beliau - memberi penjelasan sekali gus
amaran. Melalui kata-kata dan dalil-dalil dalam tulisannya semalam
Abdul Hadi menggambarkan bahawa partinya saling tidak tumpah adalah
jemaah yang digambarkan Allah SWT dalam firman-Nya tentang orang yang
beriman.
Abdul Hadi - pada masa sama - memberi peringatan bahawa
individu atau kumpulan yang berada di luar lingkungan yang disenanginya
ialah golongan batil, munafik, syaitan bisu dan seumpamanya.
Beliau
berbicara soal walak dan taat, tetapi kesimpulannya ialah mudah: hanya
PAS berada di pihak yang benar, manakala selain itu semuanya batil.
Beliau
langsung tidak membuktikan apakah PAS dan pimpinannya menepati apa yang
Allah dan Rasulullah mahukan lewat ayat-ayat yang dibentang.
Membaca
kupasannya tentang makna dan maksud walak serta taat dengan pelbagai
ayat al-Quran dan hadis Nabawi boleh membawa anggota partinya dibuai
fantasi bahawa betapa hebatnya presiden mereka, dan maha benarnya
perjuangan mereka.
Mereka akan berimpian apa yang disebut oleh
Allah dan Rasulullah itu, "itulah kami pada akhir zaman ini, bukan
jemaah lain, bukan parti lain, bukan ulama lain."
Lega dan bersyukur
Abdul
Hadi bagaimanapun tidak gagal untuk menggunakan kisah yang bersusur
galur baik dan sahih sebagai hujah untuk mengabsahkan dakwaannya bahawa
hanya PAS itu yang benar.
Dalam kes tulisan tersebut, beliau menggunakan hujah-hujah untuk menghalalkan walak secara membuta tuli kepada anggota PAS.
Mudah
sahaja lojiknya. Kami parti Islam, kami perjuangkan Islam. Apabila
sahabat sendiri berwalak sedemikian rupa maka sahlah dan halal jugalah
walak kami.
Anda boleh nampak kaitannya?
Oleh kerana sahabat pun sedemikian, maka terbuktilah kami di pihak benar.
Jika
anda tidak nampak kaitannya, saya juga tidak. Tapi begitulah Abdul Hadi
menggunakan sirah nabi untuk membenarkan kerja buat parti dan
pimpinannya.
Apakah walak kepada pimpinan itu harus - malah wajib
- walaupun dalam persoalan 'dedak' Umno? Apakah walak itu wajib ketika
pimpinan bebas berbohong demi parti? Itu contoh soalan-soalan yang
sangat bagus di sini.
Kata
ahli mereka, sirah-sirah nabi dan kisah sahabat tadi membenarkan apa
yang dilakukan oleh PAS, pemimpin dan anggotanya. Lalu mereka pun lega
dan bersyukur.
Jika anda ragu-ragu dakwaan penulis, dipersilakan membaca komen pengikut Abdul Hadi pada artikelnya di akaun Facebook beliau.
Dan
seperti biasa, Abdul Hadi akan menyerang anggota parti lain yang pernah
menyertai PAS. Naratifnya sangat mudah - tapi amat bahaya.
Seseorang
itu wajib kekal bersama PAS kerana Islam adalah akidah perjuangannya.
Justeru haram bagi anggota PAS berhijrah ke mana-mana parti lain kerana
perjuangan mereka bukan berasaskan Islam.
Di sinilah tapak
pengembangan fahaman ekstrem anggota PAS bermula. Mereka berpegang
kepada fahaman bahawa "kami kekal dengan PAS kerana Islam, manakala kami
melawan dan menyerang semua yang meninggalkan PAS kerana mereka
meninggalkan perjuangan Islam!" Untuk
menyokong dakwaan itu, Abdul Hadi menyentuh soal walak kepada bukan
orang Islam. Beliau menulis bahawa diharamkan berwalak kepada bukan
Islam dengan merujuk hujah itu kepada ayat 9 surah al-Mumtahanah.
Menurut
perkiraan penulis, pemilihan ayat itu tidak tepat. Siapakah bukan Islam
- khususnya parti selain PAS - di Malaysia yang memerangi Islam dan
umat Islam serta mahu mengeluarkan umat Islam dari bumi bertuah ini?
Maka
demi membenarkan penggunaan ayat tersebut dengan tujuan halus untuk
menghalang anggota PAS meninggalkan parti itu serta bersama parti lain,
maka disebarkan bahawa parti seperti DAP memusuhi Islam, membenci umat
Islam dan mempunyai cita-cita mahu menghancurkan Islam.
Lain
pula sikap mereka apabila mahu berbaik-baik dengan parti bukan Islam
yang disenangi mereka seperti MCA dan MIC. PAS tidak pun merujuk ayat
tadi untuk membuat pendirian, sebaliknya membugar ayat-ayat tentang
taawun dengan bukan Islam, tentang tahaluf dan seumpamanya.
Lebih
malang, Abdul Hadi memberi huraian yang salah pada ayat ke-138 dan 139
surah an-Nisa' apabila mendakwa Allah melabelkan sifat munafik terhadap
seseorang yang mengharapkan kemenangan dengan berwalak kepada bukan
Islam.
Itu amat tidak tepat.
Label munafik itu diberikan
Allah kepada golongan yang memang berpura-pura memeluk agama Islam. Cuba
undur satu ayat sebelumnya.
Susah nak percaya
Pada
ayat ke-137, Allah menceritakan perbuatan golongan batil yang keluar
masuk Islam. Akhirnya terus kekal dalam kekufuran. Maka merekalah yang
bakal menerima azab yang sangat pedih itu.
Kemudian Allah
menegaskan - seperti yang diungkap Ibnu Kathir - bahawa golongan munafik
yang memiliki sifat yang sama, akan diazab dengan pedih juga.
Apakah
ada golongan sedemikian dalam negara kita pada hari ini? Apakah Abdul
Hadi berani mendakwa ada anggota parti-parti PH yang telah keluar
daripada Islam?
Allah menjelaskan melalui ayat ke-139 itu tentang
sifat dan bukti golongan munafik iman tadi apabila hakikatnya mereka
hanyalah berwalak kepada bukan Islam. Itulah sifat golongan munafik.
Merenung
banyak kali tulisan itu, saya mengagak bahawa ia sebenarnya bukan
tulisan disediakan Abdul Hadi. Sukar menerima hakikat bahawa Abdul Hadi
terkhilaf dalam memahami ayat-ayat tadi, sedang kita tahu beliau alim
dalam ilmu mentafsir ayat-ayat Allah.
Seterusnya, apa
sangkut-pautnya ayat-ayat itu dengan situasi politik Malaysia pada hari
ini? Sebenarnya tiada. Melainkan PAS sedang membina fahaman ekstrem
tanpa sedar bahawa selain parti itu, semuanya adalah golongan yang
sedang berwalak kepada orang bukan Islam dan tergolong dalam golongan
munafik.
Kerana itulah konklusi Abdul Hadi tertulis sebegini:
"Maka
cukuplah bagi ahli PAS memahami secara nyata, betapa mereka yang telah
meninggalkan perjuangan Islam tanpa pedulikan wala’ dan taat kepada
jemaah menjadi syaitan-syaitan bisu yang pengecut terhadap musuh dan
berani terhadap Islam."
Kita terdengar laungan seperti: perjuangan Islam itu hanya ada dalam PAS, hanya jika bersama PAS. Titik.
Itulah ekstremnya PAS yang tidak disedari oleh anggota parti itu sendiri.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan