Bendahari PAS pertahan tindakan kongsi surat Syed Mokhtar palsu
Bersemangat menzahirkan pandangannya terhadap ‘kelemahan’ kerajaan
PH, Bendahari Agung PAS Razman Zakaria kelihatan tidak tahu salah satu
hantaran yang dikongsi di Facebook beliau adalah bahan palsu yang
disandarkan kepada seorang tokoh perniagaan terkemuka negara.Bercakap kepada Malaysiakini Razman sebaliknya berkata jika kenyataan yang berkenaan palsu, orang ramai masih boleh mengambil pengajaran daripada apa yang dipaparkan dalam ‘laporan’ tersebut.
“Kalaupun surat itu palsu, kita ambil iktibar dari keseluruhan cerita kerana ia dibuat berdasarkan luahan yang sering didengari.
“Kerajaan sekarang memperjuangkan rule of law (kedaulatan undang-undang) tapi kes arwah Adib masih tiada tindakan.
"Apabila orang Melayu buat salah sikit, mereka terus tangkap,” ujarnya yang jelas kecewa dengan pihak kerajaan.
Melalui hantaran dimuat naik pagi tadi itu Razman menyiar ulang hantaran suatu laman sesawang memuatkan 'surat terbuka' kononnya ditulis jutawan Syed Mokhtar Albukhary.
Beliau turut menulis "Dendam" mengiringi hantaran berkenaan.
Kandungan kenyataan itu juga banyak tersebar melalui aplikasi WhatsApp.
Bagaimanapun
Yayasan Albukhary mengesahkan Syed Mokhtar tidak terbabit membuat
kenyataan tersebut dan hal berkenaan dijelaskan oleh beliau pada 2015
lagi.
Tindakan pada portal
"Walaupun
Yayasan Albukhary sudah menafikan dakwaan berkenaan, perbuatan tidak
bertanggungjawab ini telah timbul sekali lagi dan kali ini mengaitkan
beliau dengan parti politik tertentu."Tindakan penulis yang menyalahgunakan nama Pengerusi Yayasan Albukhary adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan melanggar undang-undang.
"Kami ingin menegaskan bahawa Pengerusi Yayasan Albukhary jarang sekali mengeluarkan kenyataan umum.
"Oleh itu, kami ingin menyarankan orang ramai supaya mengesahkan kesahihan sebarang kenyataan yang didakwa ditulis oleh Syed Mokhtar dengan pihak Yayasan Albukhary melalui laman web rasminya, iaitu: www.albukharyfoundation.my," kata kenyataan itu.
Ditanya mengenai kemungkinan disaman, Razman yang juga pesuruhjaya PAS Perak berkata, beliau sekadar menyiarkan semula hantaran tersebut.
Katanya, ia juga bukan datang daripada mulutnya sendiri.
“Saya cuma repost sahaja. Fitnah adalah apabila saya sendiri yang mengeluarkan kata-kata tersebut.
"Saya bukan fitnah, kalau tak betul, tindakan sepatutnya diambil ke atas portal (yang berkongsi berita palsu) tersebut," katanya.
Sementara itu semakan Malaysiakini malam ini mendapati hantaran Razman tersebut sudah dipadamkan.
Ulasan
Catat Ulasan