China akui perjanjian dengan kerajaan BN berat sebelah
China mengakui ia tidak akan menerima perjanjian yang dimeterai oleh
republik itu menandatangani dengan pentadbiran BN sebelum ini, kata
bekas pengerus Majlis Penasihat Negara, Daim Zainuddin.
"Perkara pertama ialah kita kawan. Kita bincang sebagai kawan. Kalau kamu nak bincang dengan saya, apa kamu fikir. Kita kena jujur, kita kawan-kawan.
“Kita kata (tanya) adakah kamu akan tandat tangan? Kerajaan telah tanda tandan, saya tak salahkan kamu (kerajaan China), saya salahkan kerajaan saya sebelum ini.
“Tapi jika kamu dalam kedudukan saya, kamu sekarang adalah kerajaan baru. Adakah kamu akan menerima atau tidak? Mereka kata tidak. Kalau tidak, kita duduk la, kita bincang. Biar adil dan saksama. Kita kawan-kawan,” katanya kepada Astro Awani.
Daim, yang mengetuai proses rundingan semula beberapa kontrak negara ini dengan China, berkata rakyat mesti memahami bahawa segala perjanjian antara kerajaan adalah mengikat.
Justeru, beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan bukan mahu mengubah perjanjian dengan China tetapi untuk membincangkan perjanjian tambahan.
Daim berkata niatnya ke meja rundingan bukan untuk "menang" tetapi untuk mendapatkan "perjanjian yang adil".
Hasil kejayaan rundingan semula, bekas menteri kewangan, yang merupakan sekutu rapat Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, berkata China akan mempercayai Malaysia.
Ini seterusnya, katanya, akan meningkatkan pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.
Malaysia berjaya mengurangkan kos projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sebanyak RM21.5 bilion tahun ini selepas rundingan selama sembilan bulan dengan China.
Pada April lalu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd menandatangani satu perjanjian tambahan yang merintis jalan bagi penyambungan semula projek itu pada kos yang berkurangan.

Ulasan
Catat Ulasan