Keterangan tak jelas cetus persoalan pertemuan KWAP-Najib
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Bekas CEO Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) Azian Mohd Nor
sekali lagi memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah Najib Razak
hari ini, tetapi ada kelompongan dalam keterangannya berkenaan apa yang
berlaku selepas pertemuannya dengan bekas perdana menteri pada 2011.
Azian
yang merupakan saksi ke-38 hari ini ditanya secara terperinci berkenaan
kelulusan KWAP terhadap pinjaman RM2 bilion pertama yang dimohon SRC
International Sdn Bhd, bekas subsidiari 1MDB.
Terdahulu, dia
memberita Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia bersama-sama pengerusi
KWAP ketika itu, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah bertemu Najib di Pejabat
Perdana Menteri pada Jun 2011.
Tujuan pertemuan itu ialah untuk
memaklumkan kepada Najib bahawa panel pelaburan KWAP hanya meluluskan
pinjaman RM1 bilion, bukan RM3.95 bilion seperti yang dimohon SRC
International.
Panel itu akhirnya meluluskan RM2 bilion setelah mendapat jaminan kerajaan.
Ia
menyebabkan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bertanya Azian berkenaan
rentetan peristiwa yang menyebabkan kelulusan tambahan RM1 bilion,
seperti yang dinyatakan dalam perenggan 23 dan 24 kenyataan saksinya. Nazlan:
Perenggan 23 menyatakan saksi, sebagai CEO KWAP, bersama-sama pengerusi
KWAP, bertemu perdana menteri untuk menerangkan keputusan panel
pelaburan, yang hanya meluluskan RM1 bilion. Betul?
...Pada
perenggan seterusnya, ia mengatakan (bekas pegawai KWAP) Amirul Imran
Ahmat menyediakan kertas (untuk panel pelaburan menimbang kelulusan
pinjaman RM2 bilion kepada SRC International atas tujuan pelaburan am
dan modal).
Keseluruhan kenyataan saksi anda mengikut kronologi, tetapi tiba-tiba ada jurang (daripada) RM1 bilion ke RM2 bilion.
Azian
kemudian berkata dia tidak ingat rentetan peristiwa tetapi ingat
mesyuarat panel pelaburan KWAP selepas itu, di mana pengerusi memintanya
agar memberitahu anggota panel bahawa perdana menteri meminta KWAP
mempercepatkan kelulusan dan RM2 bilion sudah memadai. 'Ketika itu hanya timbang RM1 bilion'
Dalam kenyataan saksinya, Azian lupa bila dia dan Wan Abdul Aziz bertemu Najib.
Kemudian,
dia turut memberitahu peguam Harvinderjit Singh yang KWAP pada mulanya
tidak meluluskan pinjaman RM1 bilion, tetapi hanya "menimbangnya" pada
masa itu.
Dia juga berkata permohonan pinjaman RM2 bilion oleh SRC International "bebas" daripada permohonan pertama iaitu RM3.95 bilion. Harvinderjit: Jadi pada mulanya SRC International buat permohonan RM3.95 bilion, dan kemudian kurangkan ke RM2 bilion, betul? Azian: Seperti dinyatakan di kertas (pelaburan). Harvinderjit: Anda tak ingat sama ada permintaan ini sebelum atau selepas komunikasi antara Wan Abdul Aziz dan Najib? Azian: Saya tak ingat. Harvinderjit: Sebab anda tiada di sana? Azian: Ya
Isnin
lalu, Azian memberitahu mahkamah bahawa dia berjumpa pegawai khas
Najib, Azlin Alias (meninggal dunia pada 2015) pada Jun 2011 di sebuah
hotel di KL Sentral.
Menurutnya, Azlin ketika itu memberikan surat permohonan pinjaman RM3.95 bilion SRC International.
Azian
berkata surat itu, yang bertarikh 3 Jun 2011, ditandatangani pengarah
SRC International Nik Faisal Ariff Kamil. Ia juga mengandungi nota
tulisan tangan Najib yang menyatakan "Bersetuju dengan cadangan ini".
Katanya,
dia kemudian menyerahkan surat itu kepada Wan Abdul Aziz walaupun ia
tidak mematuhi syarat KWAP - antaranya surat itu ditujukan kepada Najib,
bukannya badan itu. 'Tak ingat'
Ketika
peguam Mohd Yusof Zainal Abiden bertanya tentang surat itu, Azian
berkata dia tidak boleh mengingat sama ada wujud surat lain berkenaan
permohonan pinjaman RM3.95 bilion.
Dia hanya ingat tentang dokumen sokongan untuknya, kata Azian.
Azian
bagaimanapun bersetuju ketika ditanya sama ada dua kertas pelaburan
disediakan selepas mesyuarat panel pelaburan KWAP pada Julai 2011 -
dengan kertas kedua berkenaan kelulusan pinjaman RM2 bilion.
Ketika
itu, katanya lagi, surat permohonan untuk pinjaman RM2 bilion ditujukan
kepada KWAP, tetapi tidak ingat sama ada ia disertakan dengan dokumen
sokongan.
Azian juga enggan menjawab beberapa soalan Yusof
berkenaan prosedur KWAP dalam meluluskan permohonan pinjaman SRC
International pada 2011 dan 2012, yang berjumlah RM4 bilion.
Ia
termasuk soalan berkenaan kelulusan KWAP berdasarkan jaminan kerajaan,
tetapi sebelum menerima surat berkenaan jaminan tersebut. Yusof: Kerajaan
beri jaminan. Jadi, jika ada masalah dengan kriteria sebelum ini, dan
tidak dapat beri surat jaminan awal, adakah akan timbul masalah besar?
Ini kerana syarikat ini (SRC International) ada kepentingan kerajaan. Azian: Saya tak boleh komen tentang perkara itu. Ia hanya pandangan saya... Yusof: Jadi anda setuju dengan saya, bagi KWAP, tiada apa yang salah dengan permohonan itu? Azian: ...Jika kami dapat surat (jaminan) sebelum menyalurkan pinjaman... Tidak, saya tak akan jawab soalan andaian (hypothetical question). Yusof: Ia sesuatu yang teruk, bukan? Perkara seumpama itu tidak berlaku (menyalurkan pinjaman sebelum menerima surat jaminan)? Azian: Tidak, saya tak boleh komen. Saya tak boleh komen sebab saya tidak berdepan dengannya.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi. Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi. PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Pia...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan