Najib mahu rakyat lupa tentang skandal 1MDB untuk penuhi impian jadi kleptokrat semula
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang,
berkata Najib Razak melakukan segala usaha untuk kembali menjadi seorang
kleptokrat dan membawa Malaysia menjadi negara kleptokrasi global
semula.
Menurut Kit Siang, mantan perdana menteri itu tidak mahu rakyat terus mengingati apa-apa tentang skandal 1MDB dan berbagai peristiwa yang menyaksikan institusi negara dicabuli supaya mudah bagi Najib untuk kembali berkuasa.
“The Week of Long Knives” sebagai contoh adalah operasi yang dirancang Najib untuk menyerang doktrin pemisahan kuasa, tadbir urus dan integriti awam yang baik di samping melakukan serangan sistematik ke atas kebebasan, keadilan dan profesionalisme institusi-institusi utama seperti parlimen, Jabatan Peguam Negara, polis, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Audit Negara.
Tambah Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, peristiwa yang berlaku pada 28 Julai 2015 itu menyaksikan peguam negara, Gani Patail dipecat dan digantikan dengan Mohamad Apandi Ali selepas heboh Gani mahu mendakwa Najib atas kesalahan rasuah berkaitan 1MDB.
Bukan itu sahaja, Institusi negara seperti Jabatan Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara dilumpuhkan serta ‘dijinakkan’ dengan pembubaran Pasukan Petugas Khas mengenai 1MDB.
Malah, pihak yang lantang mengkritik Najib berhubung skandal 1MDB seperti mantan timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin (kini Menteri Dalam Negeri) dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (kini Ketua Menteri Sabah) Shafie Apdal dipecat.
“Inilah sebabnya saya mencadangkan agar satu laporan polis perlu dibuat supaya polis dapat menyiasat dan merungkai jenayah buruk yang dilakukan Najib dan juak-juaknya pada 28 Julai 2015 dan ‘Week of Long Knives’,” tegasnya dalam kenyataan, hari ini.
Malah, Najib menggunakan kempen “Malu Apa Bossku” untuk membina semula imej “bersih” di kalangan generasi muda supaya mereka tidak tahu atau ingat tentang skandal rasuah 1MDB yang dikaitkan dengan sosok mantan perdana menteri itu.
“Masa depan akan menentukan sama ada Najib akan berjaya dengan kempen “Malu Apa Bossku” yang tidak tahu malu itu,” katanya.

Ulasan
Catat Ulasan