Penyelesaian IPIC: Malaysia cabar penangguhan prosiding
Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah
Komersil di London untuk menangguhkan permohonan negara yang bertujuan
mahu membatalkan penghakiman persetujuan membabitkan 1MDB dan dua
syarikat Abu Dhabi.
“Prosiding timbangtara tersebut akan diteruskan di London dengan pengawasan mahkamah.
“Malaysia tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah Londoh yang membenarkan kes penipuan secara besar-besaran yang melibatkan kepentingan umum itu perlu terlebih dahulu melalui proses prosiding timbangtara secara tertutup, tanpa didedahkan kepada awam,” kata Thomas.
Oktober lalu, 1MDB dan pemiliknya, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) mencabar satu penghakiman persetujuan yang memerlukan kedua-dua syarikat tersebut membayar AS$5.78 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar).
1MDB dan MKD mengemukakan kepada Mahkamah Komersil London bahawa penyelesaian dan persetujuan tersebut didalangi oleh bekas perdana menteri Najib Razak sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk menipu dengan IPIC dan Aabar selaku rakan subahatnya.
Malaysia sedang cuba mendapatkan semula AS$3.5 bilion daripada IPIC dan Aabar.
Cubaan IPIC dan Aabar untuk membatalkan saman tuntutan tersebut tidak berjaya. Bagaimanapun, kedua-dua syarikat itu telah memulakan prosiding timbangtara kedua terhadap 1MDB dan MKD.
Di sebalik semua masalah itu, Thomas percaya bahawa perbicaraan berkenaan perlu bagi memastikan Malaysia mendapatkan semula wang yang dibayar secara salah semasa zaman Najib.
“Kerajaan sentiasa fokus dalam usahanya untuk memastikan aset-aset Malaysia dapat dipulihkan,” katanya.

Ulasan
Catat Ulasan