‘Tiga responden dalam saman lucut hak berkaitan 1MDB telah larikan diri’
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa tiga daripada 18 individu yang dinamakan dalam saman pelucuthakan Putrajaya berhubung harta dan barangan berharga yang dikaitkan dengan 1MDB telah "melarikan diri".Timbalan
Pendakwa Raya Fatnin Yusof memberitahu hakim Mohamed Zaini Mazlan
bahawa pihak pendakwaan akan memohon perbicaraan diteruskan tanpa Geh
Choh Hun, Mohd Kyizzad Mesran dan Aiman Ruslan.Geh, adalah sekutu rapat ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB Low Taek Jho dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang. Kelab itu menganjurkan makan malam dan mengagihkan sumbangan wang tunai kepada beberapa pertubuhan, termasuk NGO dan beberapa kumpulan media tempatan Cina, semasa pilihan raya umum 2013.
Kyizzad pula pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian pengurusan aset sementara Aiman dalah bekas pegawai di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Saman pelucuthakan yang difailkan oleh Pejabat Peguam Negara pada 8 Mei melibatkan 18 orang responden, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor, dan anak-anak mereka, Riza Aziz, Nor Ashman, dan Nooryana Najwa.
"Bagaimanapun, responden 16, 17 dan 18 (Geh, Kyizzad dan Aiman) telah lari.”
Sehubungan itu, Fatnin membuat permohonan mengikut Seksyen 61 (2) akta itu untuk menyiarkan suatu notis untuk menggesa mana-mana pihak ketiga dengan kepentingan yang berminat dengan hartatanah dan barangan yang disita itu untuk menghadiri prosiding mahkamah dan menunjukkan sebab mengapa barangan tersebut tidak seharus dilucuthakkan.
"Responden yang hadir hari ini tidak mempunyai bantahan terhadap perkara ini, kami memerlukan masa (untuk menyediakan notis itu)," katanya.
Peguam yang hadir - termasuk Nor Ashman dan Nooryana - tidak membantah terhadap permohonan itu.
Semasa prosiding yang sama, peguam Najib, Muhammad Farhan Shafee mencadangkan supaya butiran barangan yang disita harus disertakan dengan gambar.

Ulasan
Catat Ulasan