Kes rasuah Zahid di dua mahkamah mungkin digabungkan
Pihak pendakwaan dan pembelaan akan membuat
permohonan bagi menggabungkan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri,
Ahmad Zahid Hamidi berkaitan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd, maklum
peguam bela, Kitson Foong.
Kata Kitson, kedua-dua pihak bersetuju untuk penggabungan tujuh kes yang disebut semalam dan 33 yang disebut hari ini kerana kes-kes tersebut adalah tentang isu yang sama.
“Kedua-dua pihak akan membuat satu permohonan untuk kes-kes digabungkan- kes di Kuala Lumpur semalam, dan kes di sini (Shah Alam), kerana semuanya berkenaan isu sama.
“[...] Kami harap isu (penggabungan) ini dapat diselesaikan, sebab pendakwaan perlu balik ke Jabatan Peguam Negara untuk berbincang. [...] Saya rasa kita sudah bersetuju akan gabung, tapi sama ada akan dibicarakan di sini atau di Kuala Lumpur, terpulang pada hakim untuk tentukan.
“Saya fikir, sepatutnya di sini, sebab di sini 33, jadi yang tujuh (kes) patut datang ke sini. Tapi itu cuma pendapat saya,” katanya.
Dia
berkata demikian dalam sidang media di lobi bangunan mahkamah selepas
sebutan kes Ahmad Zahid di Mahakamah Sesyen Shah Alam hari ini.
Hari ini, Ahmad Zahid dihadapkan dengan 33 lagi pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM42.7 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Shah Alam antara 2014 hingga 2017.
Semalam, beliau dikenakan dengan tujuh pertuduhan lain di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bernilai SGD4.24 juta (anggaran RM1=SGD3.06) Mac 2017 dan Mac 2018.
Ketujuh-tujuh pertuduhan itu turut melibatkan Ultra Kirana Sdn Bhd.
Selain itu, ditanya adakah pihaknya tidak mahu membuat permohonan untuk menggabungkan perbicaraan dengan kes yang dihadapi Zahid tahun lalu, Kitson mengatakan pihaknya tidak bercadang berbuat demikian memandangkan subjek kes berbeza.
“Mungkin kita patut asingkan, kerana (bimbang) hakim tak dapat meniliti semua bukti. Jadi mungkin kita gabungkan ini dan jalankan kes ini ini tandem (serentak) dengan kes-kes yang 47 terdahulu itu,” katanya lagi.
Pada 19 Oktober tahun lalu, Zahid dihadapkan dengan 45 pertuduhan: 10 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram.
Pada 14 Disember 2018, Zahid berdepan satu lagi pertuduhan pecah amanah berjumlah RM10 juta, sebelum dihadapkan dengan pertuduhan ke-47 pada 20 Februari, juga berkaitan pecah amanah.
Untuk kes semalam, mahkamah menetapkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai untuk sebutan semula kes.
Untuk hari ini, mahkamah menetapkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 29 Julai untuk sebutan kes.
Kata Kitson, kedua-dua pihak bersetuju untuk penggabungan tujuh kes yang disebut semalam dan 33 yang disebut hari ini kerana kes-kes tersebut adalah tentang isu yang sama.
“Kedua-dua pihak akan membuat satu permohonan untuk kes-kes digabungkan- kes di Kuala Lumpur semalam, dan kes di sini (Shah Alam), kerana semuanya berkenaan isu sama.
“[...] Kami harap isu (penggabungan) ini dapat diselesaikan, sebab pendakwaan perlu balik ke Jabatan Peguam Negara untuk berbincang. [...] Saya rasa kita sudah bersetuju akan gabung, tapi sama ada akan dibicarakan di sini atau di Kuala Lumpur, terpulang pada hakim untuk tentukan.
“Saya fikir, sepatutnya di sini, sebab di sini 33, jadi yang tujuh (kes) patut datang ke sini. Tapi itu cuma pendapat saya,” katanya.
Hari ini, Ahmad Zahid dihadapkan dengan 33 lagi pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM42.7 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Shah Alam antara 2014 hingga 2017.
Semalam, beliau dikenakan dengan tujuh pertuduhan lain di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bernilai SGD4.24 juta (anggaran RM1=SGD3.06) Mac 2017 dan Mac 2018.
Ketujuh-tujuh pertuduhan itu turut melibatkan Ultra Kirana Sdn Bhd.
Selain itu, ditanya adakah pihaknya tidak mahu membuat permohonan untuk menggabungkan perbicaraan dengan kes yang dihadapi Zahid tahun lalu, Kitson mengatakan pihaknya tidak bercadang berbuat demikian memandangkan subjek kes berbeza.
Iklan
“[...]
tiada permohonan dari pihak kami untuk menggabungkan 40 kes (hari ini
dan semalam), dengan 47 (kes sebelum ini). Saya rasa 87 permohonan di
depan satu hakim, peninglah dia. “Mungkin kita patut asingkan, kerana (bimbang) hakim tak dapat meniliti semua bukti. Jadi mungkin kita gabungkan ini dan jalankan kes ini ini tandem (serentak) dengan kes-kes yang 47 terdahulu itu,” katanya lagi.
Pada 19 Oktober tahun lalu, Zahid dihadapkan dengan 45 pertuduhan: 10 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram.
Pada 14 Disember 2018, Zahid berdepan satu lagi pertuduhan pecah amanah berjumlah RM10 juta, sebelum dihadapkan dengan pertuduhan ke-47 pada 20 Februari, juga berkaitan pecah amanah.
Untuk kes semalam, mahkamah menetapkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai untuk sebutan semula kes.
Untuk hari ini, mahkamah menetapkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 29 Julai untuk sebutan kes.
Ulasan
Catat Ulasan