Hadi tukang karut kumpulan dikir barat 'PASNO' - Mahfuz

Hadi tukang karut kumpulan dikir barat 'PASNO' - Mahfuz
ALOR SETAR: Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tukang karut baharu dilahirkan kumpulan dikir barat 'PASNO'.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Abdul Hadi supaya Amanah menggunakan logo DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang memandangkan parti itu menang atas sokongan DAP dan tidak ada kekuatan di kawasan Melayu.

Mahfuz berkata, beliau mendapati Abdul Hadi kini seolah-olah mengambil alih peranan UMNO sebagai tukang karut untuk menakutkan pengundi Melayu.
"Tahniah kepada UMNO yang berjaya latih seorang tukang karut baru, dulu umno sendiri yang mengambil peranan itu, tukang karut untuk menakutkan pengundi-pengundi Melayu dalam Malaysia ini dengan mengaitkan Pas sendiri ada hubungan dengan DAP.

"Jadi hari ni dia jadi tukang karut baru... dulu UMNO tuduh dia, jadi dia lawan UMNO dia kata wajib sokong DAP dan haram sokong UMNO sampai hari kiamat.

"Jadi bila dia berkawan dengan UMNO sampai hari ni, dia jadi tukang karut baru yang berjaya dilahirkan oleh PASNO," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Festival Kerjaya yang dianjurkan oleh EIS PERKESO di Alor Setar, Kedah.

Sebelum ini, Abdul Hadi dikatakan memberi saranan supaya Amanah menggunakan logo DAP dalam PRU akan datang demi menyambung talian hayat parti itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar