Bekas perdana menteri Najib Razak, isteri Rosmah
Mansor dan anaknya Nooryana Najwa memfailkan notis usul bagi meneliti
butiran harta mereka yang disita SPRM tahun lepas, antaranya ratusan beg
tangan dan pelbagai mata wang asing.
Perkara itu dimaklumkan Peguam Syahirah Hanafiah yang mewakili Najib, di hadapan Hakim Mohamed Zaini hari ini.
Najib memfailkan notis usul itu pada 18 Julai, manakala Rosmah dan Nooryana pula memfailkannya sehari selepas itu.
Najib
melalui afidavidnya menyebut alasan pemfailan itu dibuat kerana ia
melibatkan harta alih yang banyak dan penggunaan deskripsi ‘pelbagai
jenama’ adalah kabur dan tidak jelas, sekali gus menyukarkan pemohon
dalam membuat tuntutan secara efektif terhadap harta barangan yang
dirampas.
“Sebahagian daripada kandungan kotak-kotak, beg-beg
serta bekas-bekas simpanan yang menjadi sebahagian daripada harta alih
yang dirampas tersebut telah dikeluarkan daripada bungkusan asalnya.
“Ini sekali gus akan menyebabkan kekeliruan bagi pengecaman harta alih
tersebut dan sumber atau puncanya,” menurut afidavid yang difailkan 18
Julai lalu.
Rosmah,
dan Nooryana yang diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork melalui
afidavidnya pula memohon supaya diberi kebenaran untuk membuat
pemeriksaan fizikal dan meneliti harta alih yang disita. Menurut
kedua-dua notis itu antara barangan yang dirampas melibatkan ratusan beg
tangan pelbagai jenama, wang tunai pelbagai mata wang asing dan jam
tangan.
Sitaan itu melibatkan 315 buah beg tangan pelbagai
jenama, 14 utas jam tangan pelbagai jenama, 27 pasang kasut termasuk
wang tunai antaranya berjumlah RM537,000, pound sterling 2,700, rupee
Sri Lanka 2,870,000, wang lama RM187,750, pound Sterling 320,500, rupiah
13,177,00, AS$100, Hryvnies (Ukraine) 376, Euro 20, France 50, South
African 10 Rand, Singapore Dollar 40, Riyal 531, Phillipines peso 740
dan RM21,150 (wang baru) yang disita pada 17 Mei 2018.
Terdahulu,
Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin berkata pihaknya
memerlukan masa untuk membuat kajian undang-undang kerana Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan
Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 tidak memperuntukkan prosedur khusus
untuk memenuhi permohonan pemohon.
Berikutan itu mahkamah menetapkan 14 Oktober untuk mendengar permohonan berkenaan.
Pada
30 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan pihak pendakwaan
mewartakan notis kepada pihak ketiga yang berkepentingan untuk membuat
tuntutan terhadap ratusan beg tangan pelbagai jenama, wang tunai
pelbagai mata wang asing, jam tangan dan 27 buah buah kereta yang
dirampas daripada Najib, Rosmah, tiga anak mereka dan 13 individu serta
syarikat yang dinamakan sebagai responden.
Harta-harta berkenaan
disita oleh pegawai penyiasat polis antara 17 Mei 2018 hingga 11 Mac
2019 adalah berhubung dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Seksyen
4(1) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan
dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 melibatkan responden-responden.
Hakim
Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan pendakwaan mengikut Akta 56
dan 61(2) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Notis berkenaan
adalah bagi membolehkan pihak berkepentingan terbabit untuk tampil ke
mahkamah pada hari yang akan ditetapkan kemudian bagi memberikan alasan
mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan