'Pindah entiti Kementerian Kewangan bawah JPM tak munafik' - Anwar


Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan pentadbiran PH mengamalkan 'kemunafikan politik' dengan memindahkan sebahagian besar entiti Kementerian Kewangan (MOF) ke Jabatan Perdana Menteri lantas melanggar janji PRU14 lalu."Saya tidak percaya ia begitu," katanya.
Anwar bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri "Simposium Ekonomi Malaysia: Sekarang dan akan datang" di bangunan parlimen hari ini.
Presiden PKR diminta mengulas pertanyaan mengenai tindakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil alih Khazanah, Permodalan Nasional Berhad dan sebahagian besar entiti MOF.
"Ini kerana Khazanah dan Petronas adalah perusahaan nasional.
"Jadi untuk (tempoh) peralihan ia boleh diterima," katanya.
Jelas Anwar, umumnya pengambilalihan ini tidak dilihat sebagai pengaturan perniagaan yang melibatkan perdana menteri.
Terdahulu pada simposium sama, ahli akademik Edmund Terence Gomez menyoal bagaimana PH menguruskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sayarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Edmund membangkitkan pertanyaan kenapa terdapat keperluan untuk memindahkan semua entiti tersebut kepada Jabatan Perdana Menteri sedangkan PH telah berjanji perdana menteri tidak akan memegang jawatan menteri kewangan sebagaimana amalan pentadbiran BN dulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 ahli Parlimen PKR keluar parti, PH

Skandal 1MDB: Penyelesaian Goldman Sachs - Ganti rugi yang merugikan

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA