Rakyat kagum Malaysia diterajui ketua negara berjiwa rakyat
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
KUALA LUMPUR – Sempena pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertan Agong ke-16 hari ini,
rakyat memanjatkan doa agar baginda dan Raja Permaisuri Tunku Azizah
Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa diberikan kesihatan untuk
melaksanakan tanggungawab sebagai ketua negara.
Meskipun tidak dapat melihat istiadat pertabalan hari ini secara
langsung, namun Mazlina Mansor, 42 yang meluangkan masa dari Nibong
Tebal ke Muzium Diraja melahirkan rasa kagum di atas kehebatan pimpinan
Al-Sultan Abdullah menerajui negara.
“Setiap agong ada perbezaan dan kelebihan dan keistimewaan. Meskipun
tidak sama perwatakan tapi pelaksanaan tetap akan sama sebagai ketua
negara, supaya rakyat percaya dan yakin dengan agong.
“Agong kita yang sekarang kakak gambarkan sebagai yang mempunyai
kepimpinan baik, berjiwa rakyat dan boleh menerajui Malaysia,” katanya
kepada MalaysiaGazette.
Kamaruddin Zulkefli, 32, pula menyifatkan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sosok yang sangat mesra dengan rakyat.
Kemesraan pasangan diraja itu, katanya, terserlah menerusi lenggok
tutur bicara dan sifat peramah yang tidak canggung berkomunikasi dengan
rakyat jelata.
“Agong kita sangat peramah, selalu membantu orang ramai. Permaisuri
pun dengan kanak-kanak pun suka, sekurang-kurangnya dilihat tidak ada
sikap sombong langsung. Kita sebagai rakyat sempena pertabalan ini
mendoakan Agong dan permaisuri sihat walafiatnya,” katanya.
Badrul Syam Mat Desa pula bangga kerana Al-Sultan Abdullah dan
permaisuri sering turun padang demi menghulurkan bantuan kepada rakyat
yang memerlukan.
“Kebanyakan Agong kita pun memang mesra rakyat, pergi melawat rakyat ketika rakyat susah.
“Contoh Agong kita sekarang ketika banjir akan melawat mangsa,” kata pemuda yang berusia 40 tahun itu.
Bagi Hashimah Hashim, 55, biar pun melihat dari jauh, namun Al-Sultan
Abdullah sememangnya tidak asing dalam kalangan rakyat dan dilihat
mewarisi jiwa Sultan Ahmad Shah yang sentiasa mendekati rakyat tanpa
mengira latar belakang.
“Kita kenal agong daripada ayahandanya yang kita tahu berjiwa rakyat.
“Insyallah nampak jelas Al-Sultan Abdullah dan permaisuri berjiwa
rakyat yang juga kerabat raja Johor sentiasa dekat dengan rakyat,”
ujarnya.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat
ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam
suasana penuh istiadat gilang-gemilang, lambang kemegahan sistem raja
berperlembagaan yang menjadi amalan di negara ini.
Istiadat Pertabalan Sultan Abdullah mencatat sejarah apabila pasangan
diraja itu masing-masing merupakan anakanda kepada YDPA ketujuh iaitu
Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
(1979-1984) dan Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong
kelapan (1984-1989).
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi. Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi. PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Pia...
ANWAR Ibrahim hari ini mengakui ada “percubaan khianat” untuk menghalangnya dari menggantikan Dr Mahathir Mohamad dan menjadi perdana menteri. Presiden PKR memberitahu konvensyen parti Sabah bahawa beliau tidak akan terganggu dengan masalah itu tetapi akan menumpukan pada usaha untuk memperkukuhkan ekonomi. “Mari kita beri tumpuan pada ekonomi. Saya tidak suka orang bertanya mengenai peralihan kuasa tetapi masalahnya ada ramai orang yang tak setia. “Bagi saya, sudah ada persetujuan (peralihan). Untuk kata saya tak sabar, saya telah menunggu selama 20 tahun. “Tidak ada masalah untuk saya. Jika Allah kata ia akan berlaku, ia akan berlaku,” kata Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan.
Ulasan
Catat Ulasan