Anwar: Saya tak pernah cadang sertai kabinet Mahathir
Presiden PKR, Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah bercadang
untuk menjadi sebahagian daripada anggota jemaah kabinet Perdana
Menteri, Dr Mahathir Mohamad meskipun berlaku rombakan kecil dalam
portfolio menteri tidak lama lagi.Sebaliknya, Anwar berkata beliau akan menunggu sehingga gilirannya tiba.
“Saya terikat dengan konsensus dan saya tidak pernah mengusulkan atau bercadang untuk menyertai kabinet.
“Kerana kesefahaman dan konsensus dalam PH yang ditandatangani adalah (Mahathir) perdana menteri akan menjadi perdana menteri dan Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri sehinggalah giliran saya,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, di bangunan Parlimen, hari ini.
Ulasan
Catat Ulasan