Gelagat comel Sultan Abdullah, Tunku Azizah ceriakan sambutan Hari Kebangsaan
PUTRAJAYA – Telatah comel dan bersahaja Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja
Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, ketika
berangkat menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Putrajaya sentiasa
dikagumi rakyat.
Berbusana baju kurung merah jambu, keayuan wajah Tunku Azizah mengiringi hayunan langkahnya melambai ke arah rakyat jelata yang hadir, pada detik bersejarah pagi ini.
Berbusana baju kurung merah jambu, keayuan wajah Tunku Azizah mengiringi hayunan langkahnya melambai ke arah rakyat jelata yang hadir, pada detik bersejarah pagi ini.

Lebih menarik perhatian apabila baginda berdua berdiri sambil bertepuk tangan dan menunjukkan isyarat ‘thumb ups’ kepada Kontinjen Berkuda Perkhidmatan Awam, yang diketuai Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Ulang tahun kemerdekaan kali ke-62 ini lebih istimewa buat Seri Paduka, yang pertama kali mencemar duli ke sambutan hari kebangsaan sejak ditabalkan pada 30 Julai lalu.
Keberangkatan pulang Seri Paduka berdua mendapat sorakan gemuruh, ketika pasangan diraja itu meninggalkan lokasi dalam kereta sambil melambai-lambai keluar ke arah pengunjung.
Ulasan
Catat Ulasan