Nik Omar: Ulama mesti jaga tutur kata, tunjuk teladan terbaik


Seseorang yang alim dalam hal ehwal agama seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik kepada masyarakat serta bijak mengawal perbuatan, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Menurut Nik Omar setiap manusia boleh saja berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan pandangan tertenu, namun semasa menguruskannya, fakta mesti diutamakan semasa berhujah.
“Bila sebut orang alim kita kena tunjuk contoh yang terbaik. Kita boleh tak bersetuju, tapi utamakan hujah, utamakan fakta.
“Tak sepatutnya kalimah atau kata-kata yang tak selayaknya (keluar dari mulut alim ulama). Jadi, kita raikan demokrasi. Itu yang sepatutnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Putrajaya, semalam.
Nik Omar berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan salah seorang ulama kanan PAS di media sosial semalam.
Tanpa menyebut sebarang nama anggota Jawatankuasa Ulama Pusat PAS, Mokhtar Senik, menyindir beberapa golongan sebagai tali barut parti itu dan menjadi musuh politik mereka.
Kata Mokhtar ulama - walaupun bertaraf antarabangsa - dan keturunan "tok guru atau tok garu" yang mendukung "agenda DAP".
Beri contoh terbaik
Kata Mokhtar mereka juga turut dianggap sebagai tali barut, selain berkata golongan terbabit ialah individu yang berwajah Melayu namun "berhati perut DAP".
Untuk rekod Nik Omar ialah anak kepada bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau menjadi calon Amanah - yang mewakili PH - dalam pilihan raya umum 9 Mei tahun lalu. Adiknya, Nik Abduh pula bertanding sebagai calon PAS di Bachok.
PAS memang memusuhi Amanah dan menganggap parti berkenaan ditubuhkan atas kehendak DAP. Mengulas lanjut, Nik Omar berkata alim ulama di negara ini perlu meraikan demokrasi walaupun memilih haluan atau kumpulan berbeza.
“Kalau kita ada ilmu dan kefahaman yang betul, sebenarnya kita lebih terbuka.
“Sepatutnya kita raikan demokrasi. Takdirnya DAP bersama dengan PH, dan majoriti rakyat Malaysia memberi peluang kepada PH untuk menerajui Malaysia,” katanya.
Tambah Nik Omar, banyak ayat Al-Quran menonjolkan kesempurnaan kaedah dakwah Nabi Muhammad SAW .
“Contoh terbaik dan Nabi SAW pun dia sebut, keutamaan dia diutus untuk menyempurnakan akhlak kita manusia
“Jadi siapa yang paling layak untuk ikut cara nabi (selain) daripada alim ulama?
"Alim ulama perlu berikan contoh yang baik, itu asasnya," kata Nik Omar.

Ulasan

  1. Alim Ulama' juga tidak berdiri atas platform duniawi - politik mana pun. apatah lagi menjadikan perkara ketuhanan untuk tujuan duniawi - politik serta menanam kebencian sesama umat sendiri serta sesama manusia

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar

WKB2030: Wawasan Kemakmuran Bersama 2030