Perlu anjakan dasar besar-besaran untuk tangani kemiksinan, kata Anwar
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
KUALA LUMPUR: Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa reformasi dasar
menangani kemiskinan yang lebih baik, ketika kerajaan mendekati
Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Beliau menggesa Pakatan Harapan mereformasikan dasar-dasar ekonomi
dan kemiskinan yang lebih baik, daripada membuat “perubahan-perubahan
kecil” daripada dasar-dasar sedia yang dibawa ke depan daripada RMK
sebelum ini.
RMK12 meliputi tempoh 2021 hingga 2025.
Ini susulan laporan Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB), Philip Alston yang mempersoalkan dakwaan Putrajaya
mengenai pembasmian kemiskinan, kerana kerajaan menggunakan garis
kemiskinan yang rendah dan tidak mencerminkan keadaan sebenar. Alston berkata garis kemiskinan rasmi tidak menggambarkan kos hidup
di Malaysia dan mengecualikan penduduk-penduduk yang mudah terjejas
dalam angka-angka rasminya.
Walaupun Anwar berkata kerajaan tidak semestinya menerima
dakwaan-dakwaan secara bulat, beliau nampaknya mempertahankan pakar PBB
itu, mengatakan dia bukan seorang sarjana biasa dan mempunyai kepakaran
dalam isu kemiskinan.
Pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kaukus reformasi
dan tadbir urus Parlimen, yang membincangkan garis kemiskinan nasional,
beliau berkata ia berdasarkan angka-angka pada 1970-an, iaitu daripada
RMK2, dan tidak berubah sedangkan kadar pertumbuhan dan pendapatan hari
ini meningkat.
Anwar berkata sebelum Alston, isu sama pernah timbulkan oleh para
profesor tempatan, termasuk Jomo Kwame Sundaram dan Mohd Nazari Ismail
dari Universiti Malaya.
“Sebelum ini kita juga dimaklumkan tentang beberapa kajian dibuat
oleh Khazanah iaitu ‘the absolute vs relative poverty conundrum’.
“Prof undangan di Universiti Malaya, Martin Ravallion, yang
pernah bekerja di Bank Dunia, mempertikai kadar garis kemiskinan dan
kadar kemiskinan 0.43%,” katanya.
Ravallion mencadangkan garis kemiskinan sebenar harus 3 kali lebih tinggi berdasarkan pertumbuhan ekonomi negara yang kuat.
Beliau berkata para penyelidik hanya boleh mengukur keadaan
kemiskinan sebenar di Malaysia menggunakan “data mikro mentah” tinjauan
isi rumah yang dijalankan Jabatan Perangkaan, yang pada masa ini tidak
tersedia kepada orang ramai.
Anwar berkata isu kemiskinan harus dilihat sebagai mendesak kerana kerajaan sedang mengkaji dasar-dasar untuk RMK12.
Beliau berkata kadar kemiskinan 15% yang didakwa Alston mungkin lebih
tinggi, seperti yang diramalkan oleh beberapa anggota kaukus hari ini.
“Dua profesor yang hadir hari ini meramalkan ia berada pada 20%,” katanya.
Anwar berkata kaukus juga mencadangkan satu seminar khas diadakan di Parlimen pada Oktober bagi membincangkan isu itu.
Semua ahli Parlimen, senator, ahli dewan, NGO, ahli akademik dan wakil rakyat akar umbi akan diundang ke seminar itu.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan