
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan wang
berjumlah RM428,500 yang disita daripada Akademi Pemuda kerana dikatakan
ada kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB dilucut hak kepada
kerajaan Malaysia.Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahrir Mohd Salleh
memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman
memaklumkan reponden (Akademi Pemuda) tidak membantah terhadap
permohonan untuk melucutkan hak harta itu.
Dalam prosiding semalam, Akademi Pemuda tidak diwakili peguam dan wakilnya juga tiada di mahkamah.
Permohonan
melucut hak itu dibuat pendakwa raya mengikut Seksyen 56(1) Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan
Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Ketua
Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini
berkata permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden
untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan
dengan 1MDB.
Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan
selepas SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan dari akaun bank Najib
Razak.
Ulasan
Catat Ulasan