Skandal 1MDB-Tanore: Najib kawal 1MDB selepas jadi PM, kata saksi
NAJIB Razak meminda perlembagaan syarikat Terengganu Investment
Authority Berhad (TIA) untuk membolehkan beliau mengawal entiti itu
tidak lama selepas jadi perdana menteri pada 2009, kata saksi.
Bekas perdana menteri itu juga menandatangani dokumen menyebabkan nama TIA ditukar kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penolong Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Rafidah Yahaya berkata perlembagaan TIA dipinda pada 2 September 2009, lima bulan selepas Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 3 April 2009.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu pindaan membolehkan Najib mengawal 1MDB, yang ketika itu milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
Klausa tersebut ditambah di bawah Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Persatuan SRC International, iaitu semua perkara termasuk jamina kewangan dan hala tuju dasar perlu mendapat kelulusan perdana menteri.
Najib menandatangani dokumen menukar pemilikan TIA kepada MKD pada 4 September 2009. Dokumen tersebut dan satu lagi dokumen bagi menukar nama TIA kepada 1MDB dikemukakan kepada SSM pada 25 September 2009.
Pada 10 Oktober 2009, Lodin Wok Kamaruddin dilantik sebagai pengerusi baharu 1MDB selepas Mohd Bakke Salleh letak jawatan.

Ulasan
Catat Ulasan