Wan Azizah: Nanti PM kosongkan, adalah jawatan
Diminta mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir
Mohamad semalam tentang tiada kekosongan jawatan dalam kabinet, secara
bersahaja Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata
kekosongan itu akan ada sekiranya pengerusi PH itu meletakkan jawatan
sebagai perdana menteri seperti dijanjikan.“Saya kira (akan
berlaku kekosongan dalam kabinet) kalau PM (perdana menteri) kosongkan
(jawatan), itu (seperti) yang dijanjikan,” katanya menjawab soalan
pemberita ketika kunjungan ke CyberSecurity Malaysia hari ini.Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini berkata beliau tidak tidak pernah bercadang untuk menjadi sebahagian daripada anggota jemaah kabinet Dr Mahathir dan akan menunggu gilirannya untuk mengambil alih jawatan perdana menteri seperti yang dipersetujui PH.
Kenyataan Dr Mahathir itu menguatkan lagi spekulasi yang melihat kemungkinan Anwar tidak akan menjadi perdana menteri.
"Kami tidak mempunyai apa-apa perubahan atau pertambahan bilangan (anggota) kabinet.
"Oleh kerana tiada siapa yang mengatakan mereka ingin meletakkan jawatan, kami tidak mempunyai kekosongan (untuk menampung Anwar)," kata Dr Mahathir.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen DAP Charles Santiago menyifatkan kenyataan Dr Mahathir sebagai "penjelasan yang mengarut".
Dalam kenyataan medianya sempena Hari Merdeka, ahli parlimen Klang itu memberi gambaran masa depan kerajaan PH sebagai tidak cerah, namun menggesa agar rakyat tidak putus harapan.
"Saya maklum dengan cakap-cakap di akar umbi. Rakyat kini sanggup memberi peluang kepada Anwar, bimbang Dr Mahathir kembali kepada helah lama," katanya Santiago.
Ulasan
Catat Ulasan