Skandal 1MDB-Tanore: '1MDB GIL terbit bon AS$3 bilion dengan sokongan Najib'
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa
1Malaysia Development Berhad Global Investments Limited (1MDB GIL) telah
menerbitkan bon berjumlah AS$3 bilion dengan sokongan Najib Razak ke
dalam syarikat Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC) sedangkan
syarikat itu tidak beroperasi.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
1Malaysia Development Berhad (1MDB), Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49,
berkata selepas terbitan bon AS$3 bilion oleh 1MDB GIL, tidak ada
sebarang urusan oleh ADMIC dan tidak ada apa-apa suntikan dana ke dalam
ADMIC seperti rancangan awal.
"ADMIC dicetuskan oleh Jho Low
(ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho) kononnya untuk menjadi
'special purpose vehicle' (SPV) kepada usahasama Project Catalyze. Semua
telah digariskan dalam pelan perancangan Jho Low kepada saya melalui
emel sulit. Manakala, Jasmine Loo (peguam 1MDB) akan menguruskan
penubuhan ADMIC sepertimana arahan Jho Low.
"ADMIC
sebenarnya tidak aktif dan ia tidak dilaksanakan sepertimana yang
dicadangkan. Saya terpaksa melaksanakan arahan Jho Low kerana ia adalah
mandat dan kehendak Najib," katanya yang turut memaklumkan cadangan
usahasama 1MDB dan Aabar Investment PJS (Aabar) melalui ADMIC langsung
tidak dilaksanakan sepertimana yang dibentangkan kepada Kementerian
Kewangan sehingga berjaya menerima terbitan dana sebanyak US$3 bilion.
Shahrol
Azral berkata ia merupakan perancangan Jho Low, namun tanpa sokongan
Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Najib, maka 'Letter of Support' tidak
akan dikeluarkan, seterusnya terbitan dana tersebut tidak akan
diperoleh.
Shahrol Azral ketika merujuk dokumen 'Joint Venture
Agreement Relating to ADMIC by Aabar and 1MDB” bertarikh 12 Mac 2013,
berkata dokumen itu merupakan perjanjian berhubung penubuhan ADMIC iaitu
syarikat SPV bagi tujuan usahasama 1MDB dengan Aabar Investment PJS,
yang telah ditandatangani pada 12 Mac 2013 di Pejabat Perdana Menteri
(PMO) di antara wakil 1MDB, Pengerusi 1MDB, Che Lodin Wok Kamarudin dan
Pengerusi Aabar, Khadem Al Qubaisi.
"Saya
juga hadir sebagai saksi dan telah menandatangani perjanjian ini di
ruangan saksi sebagai CEO 1MDB. Saya sahkan perjanjian ini adalah
merupakan satu bentuk kesefahaman yang mana setiap pihak perlu menyuntik
dana sebanyak AS$3 bilion ke dalam syarikat ADMIC ini.
Iklan
"Maka
dengan itulah, 1MDB GIL iaitu anak syarikat 1MDB telah menerbitkan bon
AS$3 bilion bagi mematuhi perjanjian ini. Namun begitu, saya difahamkan
bahawa syarikat ADMIC tidak beroperasi dan Aabar tidak menyuntik
sebarang dana ke dalam ADMIC," katanya semasa membacakan penyataan
saksinya pada hari ke-16 perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB.
Menurut
saksi pendakwaan kesembilan itu, majlis menandatangani perjanjian
berkenaan turut dihadiri Datuk Seri Najib bersama-sama dengan Putera
Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera
Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.
Menceritakan
mengenai penubuhan syarikat ADMIC, saksi itu berkata syarikat berkenaan
telah diuruskan sepenuhnya oleh Jasmine Loo sepertimana yang dirancang
dalam pelan perancangan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau
Jho Low.
"Syarikat
ini ditubuhkan pada 5 Mac 2013 dengan dua 'ordinary share' yang
dimiliki 1MDB dengan saya sebagai Director. Kemudiannya, Jasmine Loo
menguruskan pemindahan satu share kepada 1MDB GIL dan satu share kepada Aabar pada 10 Ogos 2013. "Saya
lihat ini juga sebagai satu lagi langkah yang tergesa-gesa kerana
syarikat ini telah ditubuhkan pada 5 Mac 2013 bagi tujuan usahasama
tersebut yang ditandatangani pada 12 Mac 2013," katanya yang turut
memaklumkan tujuan asal ADMIC adalah sebagai SPV pelaburan 50:50 antara
1MDB dan Aabar.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan
kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana
1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang
yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat
kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan,
Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala
bagi semua pertuduhan pengubahan wang haram antara 22 Mac 2013 dan 30
Ogos 2013, di tempat sama.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan