Skandal 1MDB-Tanore: ‘1MDB tak boleh buat pinjaman baru selepas Mei 2009 tanpa kelulusan Najib’
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa syarikat
1MDB tidak boleh membuat pinjaman baharu tanpa kelulusan Najib Razak
selepas Mei 2009.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol
Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata demikian pada perbicaraan hari ke-15
kes Najib melibatkan dana 1MDB.
Shahrol Azral berkata selepas
Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) yang kemudiannya ditukarkan
kepada 1MDB menerima jaminan kerajaan persekutuan pada Mei 2009, 1MDB
tertakluk kepada Akta Jaminan Pinjaman yang 1MDB tidak boleh membuat
apa-apa pinjaman baharu kecuali dengan kelulusan Menteri Kewangan
Malaysia.
"Dalam penerbitan Bon 2012 (US$1.75 bilion),
saya mengesahkan bahawa 1MDB ada mendapat kelulusan bertulis daripada
Menteri Kewangan. Jasmine Loo (peguam 1MDB) yang terlibat dalam proses
mendapatkan tandatangan Najib pada masa tersebut.
"Saya tidak terlibat dalam urusan dengan bahagian pinjaman kementerian kewangan untuk mendapatkan kelulusan itu.
“Saya
tidak pasti sama ada terbitan bon ini ada melalui proses yang
sepatutnya di kementerian kewangan atau tidak sehingga kelulusan
diberikan oleh Najib atas kapasitinya sebagai menteri kewangan," jelas
saksi pendakwaan kesembilan itu.
Saksi penting pendakwaan itu
berkata Najib telah meluluskan cadangan pinjaman berjumlah RM6.17 bilion
berhubung pengambilalihan syarikat Tanjong Energy Holding Sdn Bhd
(TEHSB) oleh anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Energy Sdn Bhd.
Shahrol
Azral mengesahkan perkara tersebut ketika dirujuk mengenai surat
daripada bekas perdana menteri itu kepadanya bertarikh 26 Mac 2012
berhubung kelulusan pinjaman berkenaan semasa pemeriksaan utama oleh
Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram.
"Ini adalah surat
kelulusan daripada Najib atas kapasitinya sebagai menteri kewangan
kepada saya bagi meluluskan cadangan RM6.17 bilion bridging loan dan
AS$1.75 bilion 10 year notes berkenaan dengan pengambilalihan TEHSB.
"Kelulusan
ini adalah berdasarkan kepada Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan
Perbadanan) 1965. Ini adalah kerana segala hutang seterusnya dalam apa
bentuk sekalipun mesti mendapat kelulusan menteri kewangan terlebih
dahulu.
"Kelulusan
pinjaman mesti diperoleh selepas ia mendapat kelulusan dalaman daripada
Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB dan kelulusan pemilik saham 1MDB iaitu
menteri kewangan Diperbadankan (MOF Inc) (Najib)," katanya ketika
membacakan penyataan saksinya pada hari ke-15 perbicaraan kes Najib
membabitkan dana 1MDB.
Menurut Shahrol Azral, beliau juga telah
menandatangani dokumen perjanjian fasiliti pinjaman diperoleh 1MDB
Energy Sdn Bhd daripada Maybank Investment Bank Berhad dan RHB
Investment Bank Berhad bernilai RM6.17 bilion bertarikh 17 Mei 2012.
"Perjanjian
ini dibuat antara 1MDB Energy Sdn Bhd dengan Maybank Investment Bank
Berhad dan RHB Investment Bank Berhad sebagai Joint Mandated Lead
Arrangers dan The Financial Institutions Set Out In The First Schedule
sebagai pemberi pinjaman dan dengan Maybank Investment Bank Berhad
sebagai ejen pemberi kemudahan pinjaman tersebut.
"Tujuan
pinjaman bernilai RM6.17 bilion ini adalah untuk urusan pengambilalihan
100 peratus ekuiti TEHSB oleh 1MDB melalui anak syarikatnya,1MDB Energy
Sdn Bhd," kata saksi penting pendakwaan itu.
Najib,
66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk
memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21
pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli
Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di
Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala
Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua
pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di
tempat yang sama.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan