Skandal 1MDB-Tanore: Bon Genting Sanyen dijual cara ‘tawaran persendirian'
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa bon Genting Sanyen
(M) Sdn Bhd dijual kepada pelabur dengan kaedah 'tawaran persendirian'
kerana bon itu tidak disenaraikan di mana-mana pasaran bon.
Datuk
Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata cara terbitan bon ini berbeza
dengan terbitan bon Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) di mana bon
Genting Sanyen dijual kepada pelabur dengan kaedah tawaran persendirian,
yang diaturkan oleh pihak Goldman Sachs.
"Ini bermakna, tidak ada
pekeliling tawaran diperlukan kerana bon Genting Sanyen tidak akan
disenaraikan di mana-mana pasaran bon. Setelah bon ini dibeli oleh
pelanggan bon, segala urusan bayaran faedah diuruskan oleh pihak
pengurusan bon iaitu BNY Mellon New York," katanya.
Saksi
pendakwaan kesembilan itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan
saksinya di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada hari ke-15 perbicaraan
kes Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan dana 1MDB semasa pemeriksaan
utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.
"Pada
masa itu, boleh saya katakan, yang 'driver' untuk proses pembelian
Genting dan pengumpulan dana bukan lagi saya atau ahli lembaga pengarah,
tetapi adalah dari Pejabat Perdana Menteri (Najib) dan Jho Low (ahli
perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho).
"Jho Low ada memaklumkan
kepada saya bahawa jaminan dari International Petroleum Investment Co
(IPIC) adalah untuk AS$3.5 bilion, jadi apabila ‘tranche’ kedua AS$1.75
bilion ini diterbitkan, ia bukanlah sesuatu yang baru atau mencurigakan.
"Kandungan
harga belian, pengumpulan dana dan jaminan IPIC juga ada dalam dokumen
‘topik perbincangan’ yang dihantar kepada saya dari Jho Low melalui
email atau BBM.
"Topik perbincangan tersebut dihantar oleh Jho
Low kepada saya melalui emel namun seperti yang saya katakan sebelum ini
ia telah dipadam seperti yang diarahkan oleh Jho Low bagi menjaga
kepentingan Najib," kata saksi itu.
Shahrol
Azral juga berkata, pada 10 Ogos 2012 resolusi kelulusan
pengambilalihan Genting IPP telah diluluskan dan ditandatangani oleh
Najib sebagai pemegang saham.
"Resolusi kelulusan melalui ‘Special
Rights Redeemable Preference Shareholder’s Resolution’ dan ‘Ordinary
Resolution’ ini sepatutnya dikeluarkan selepas ‘Director Circular
Resolution’ (DCR).
"Tetapi seingat saya, selalunya DCR yang BOD
tandatangan akan dilampirkan sekali dengan ‘Special Rights Redeemable
Preference Shareholder’s Resolution’ dan ‘Ordinary Resolution’ yang
telah ditandatangani oleh Najib tanpa tarikh, sebagai rujukan. Itulah
praktis yang diamalkan di 1MDB," kata saksi itu.
Menyentuh
mengenai perjanjian jual-beli (SPA) Genting Power di antara 1MDB,
Genting Power (M) Limited dan Genting Power Holdings Ltd, saksi berkata
beliau menandatangani dokumen perjanjian itu yang disediakan oleh peguam
Jasmine Loo dengan bantuan Goldman Sachs sebagai Penasihat Kewangan
pada 13 Ogos 2012.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan
menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion
dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan
jumlah wang yang sama.
Ahli
Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan
AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur
antara 24 Feb, 2011 dan 19 Dis, 2014 manakala bagi semua pertuduhan
pengubahan haram antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat sama.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan