Skandal 1MDB-Tanore: ‘Jho Low diberi mandat bawa arahan Najib’
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB mendedahkan di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho
atau Jho Low diberi mandat untuk membawa arahan-arahan dari Najib Razak
kepada pengurusan 1MDB.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata
berdasarkan pengalamannya dengan Jho Low sebelum ini, beliau yakin yang
pelaburan dari Abu Dhabi dan Aabar Investment PJS Ltd (Aabar) itu sudah
dipersetujui oleh pemilik saham 1MDB iaitu Najib.
Katanya, Jho Low
juga ada menegaskan yang semua perkara itu adalah dengan pengetahuan
Najib dan terbukti dengan segala persetujuan rasmi yang ditandatangani
oleh bekas perdana menteri itu.
“Semua tindakan-tindakan ini
adalah konsisten dan meyakinkan saya, walaupun Jho Low tiada kuasa
secara rasmi dalam 1MDB, semenjak dari permulaan 1MDB lagi, saya tahu
yang Jho Low mempunyai mandat untuk membawa arahan-arahan dari Najib
kepada saya dan pengurusan.
“Untuk
pelaburan berkaitan TRX (Tun Razak Exchange) ini, memang ia dilakukan
dengan sangat cepat, sama dengan projek-projek usahasama PetroSaudi
International (PSI) dan pengeluar tenaga bebas (IPP).
“Segala
arahan diberikan berserta dengan ‘pre prepared’ dokumen, ‘action plans’
dan juga ‘talking points’. Segala yang berlaku terjadi dari pihak atasan
ke bawah iaitu bermaksud, melalui Jho Low dan barulah kemudian
‘legalise’ melalui mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) atau Director Circular Resolution (DCR),” katanya pada hari ke-15 perbicaraan kes Najib melibatkan dana 1MDB.
Saksi
pendakwaan kesembilan itu berkata, sepanjang perkhidmatannya di
Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) dan 1MDB, interaksi beliau
dengan Jho Low juga adalah melalui BlackBerry Messenger (BBM) dan
perjumpaan secara bersemuka.
Membacakan penyataan saksi setebal
270 muka surat, Shahrol Azral berkata perhubungan melalui BBM biasanya
digunakan untuk urusan yang memerlukan tindakan segera.
“Saya
jarang bercakap dengan Jho Low melalui panggilan telefon dan perjumpaan
secara face-to-face juga tidak terlalu kerap. Bagaimanapun, di atas
permintaan Jho Low, saya ada beberapa kali berjumpa dengannya di
apartmen beliau di Jalan Kia Peng untuk perbincangan idea-idea pelaburan
dan high-level direction 1MDB.
“Dalam
perbincangan-perbincangan ini saya menganggap maklum balas dari Jho Low
adalah maklum balas dari Najib. Terdapat juga di dalam beberapa kali
perjumpaan tersebut Jho Low menyampaikan arahan dan mandat dari untuk
tindakan saya.
“Saya mendapati memang arahan tersebut datang dari
Najib memandangkan sudah beberapa kali apa yang disampaikan oleh Jho Low
disahkan oleh Najib. Sebagai contoh, semasa permulaan projek usahasama
1MDB-PSI di mana Najib meyakinkan saya yang projek ini adalah projek G2G
(kerajaan dengan kerajaan),” katanya.
Saksi penting pendakwaan
itu berkata ini adalah konsisten dengan apa yang diperkatakan oleh Jho
Low dan setelah beberapa kali, apa yang dikatakan Jho Low adalah
konsisten dengan Najib, oleh itu beliau percaya bahawa kesemua arahan
adalah dari Najib sendiri dan Najib tahu segala apa yang dilakukan oleh
Jho Low.
Saksi itu berkata berdasarkan Artikel 117 dalam M&A
1MDB, segala keputusan besar dan strategik syarikat mestilah memperoleh
kebenaran perdana menteri sebagai Ketua Kerajaan dan Pemegang Saham 1MDB
(MOF Inc).
Katanya oleh itu, sekiranya Najib tidak setuju dengan
keputusan BOD, maka segala keputusan yang telah dibuat oleh BOD tidak
mungkin boleh diteruskan.
“Keputusan
dari BOD perlu diluluskan oleh perdana menteri sebagai Ketua Kerajaan
dan Pemegang Saham 1MDB (MOF Inc). Ini termasuklah melibatkan keputusan
usahasama antara 1MDB dengan Aabar itu,” katanya.
Terdahulu,
beliau memberitahu mahkamah bahawa pada masa itu sudah ada pelbagai
cadangan dari Jho Low melalui pelan-pelan perancangan dan
maklumat-maklumat melalui emel sulit beliau, mengenai pelaburan dari Abu
Dhabi untuk TRX.
Katanya Jho Low ada menyebut yang beliau akan
membawa pelaburan dari Abu Dhabi dan saya meminta dia “firm up”
(memperkuat) cadangan pelaburan itu.
“Justeru itu, dia memberitahu
saya yang pihak Aabar Investments akan melabur dalam satu plot di TRX.
Selepas ini, saya menerima melalui emel satu kertas cadangan dari Aabar
Investments yang juga mengandungi struktur pelaburan yang dicadangkan,”
katanya.
Beliau berkata pelaburan dalam 1MDB GIL (1MDB Global
Investment Limited) bermula sejak awal lagi dalam bulan Jun 2012, yang
mana Tim Leissner dari Goldman Sachs semasa pembentangan cadangan
(proposal) Projek Pelaburan usahasama dengan Aabar selain daripada
projek “aquisition IPP”, beliau (Tim) turut mencadangkan projek
pelaburan hartanah iaitu KLFID (Kuala Lumpur International Financial
District) (kini dikenali sebagai TRX) dan Bandar Malaysia.
Shahrol
Azral berkata projek itu dicadangkan untuk dimajukan di bawah 1MDB Real
Estate Sdn Bhd dan ini merupakan titik permulaan dalam cadangan
usahasama antara 1MDB dengan Aabar selain dari projek IPP.
Saksi
itu berkata seawal 9 April 2012 lagi, pihak Aabar telah menghantar
sepucuk surat yang dialamatkan kepada 1MDB menzahirkan cadangan awal
mereka untuk sama-sama membangunkan Parcel A.1.0 di dalam KLIFD.
Najib,
66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk
memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21
pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli
Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di
Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala
Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua
pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di
tempat yang sama.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan