Dasar Rahmatan Lil Alamin dilaksanakan sepenuhnya tahun depan
Pelaksanaan sepenuhnya dasar Rahmatan lil Alamin dalam
pentadbiran kerajaan dijangka dapatkan dilakukan pada tahun depan, kata
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata semua proses untuk melaksanakan dasar tersebut telah diambil termasuk mendapatkan persetujuan serta perkenan daripada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam pada 14 Mac lalu serta Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Jun lalu.
"Semua kementerian juga telah setuju, ia telah dibahaskan dan semua memberikan maklum balas positif, jadi ini bermaka dasar ini akan dipakai, saya ada ruang untuk sampaikan dasar ini untuk mengisi pentadbiran Islam dalam negara.
Semalam, Mujahid, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, berkata kertas pelaksanaan dasar pentadbiran Islam baharu melalui pendekatan Rahmah sudah dipersetujui dan mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri, pada Jumaat.
Ulasan
Catat Ulasan