Jho Low di UAE, dapat suaka di negara ketiga
LOW Taek Jho atau Jho Low kini menetap di
Emiriah Arab Bersatu dan mendapat perlindungan suaka di sebuah negara
lain, kata sumber perundangan, ketika muncul berita beliau menyelesaikan
kesnya dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).The Straits Times di Singapura dan sumber lain mengesahkan ahli perniagaan yang menjadi tokoh utama dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu ditawarkan suaka pada Ogos lalu di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat serta Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah.
“Beliau ditawarkan suaka kerana tindakan Malaysia yang dianggap politik serta pencabulan hak asasi manusia terhadapnya,” kata satu sumber perundangan.
Peguam Low mengesahkan suaka itu tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
Ulasan
Catat Ulasan