Ketua Hakim Negara larang hakim terlibat politik

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengingatkan hakim mahkamah seluruh negara tidak mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti atau kegiatan politik.
Tengku Maimun berkata, perkara berkenaan sudah terkandung dalam Kod Etika Hakim 2009 yang melarang hakim daripada terlibat dalam aktiviti berunsur politik.
“Pegawai-pegawai kehakiman pula dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik, selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1983.
“Ia mewajibkan pegawai-pegawai diterima menjadi anggota biasa mana-mana parti politik, supaya memaklumkan hal tersebut kepada ketua jabatan,” katanya sewaktu berucap di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Tengku Maimun berkata, hakim juga tidak dibenarkan menghadiri persidangan, seminar, forum, ceramah awam dan acara anjuran mana-mana badan politik, pertubuhan bukan kerajaan dan acara yang menimbulkan kontroversi.
Bagaimanapun kata, hakim yang berminat menghadiri persidangan, seminar, forum dan ceramah awam perlulah mendapatkan kebenaran bertulis daripada ketua hakim negara terlebih dahulu.
Jelasnya, perkara itu terkandung di bawah Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 1 Tahun 2003.
Tengku Maimun turut menasihati hakim dan pegawai kehakiman mengelakkan diri daripada mengeluarkan kenyataan dan komen umum tentang sesuatu prosiding yang belum selesai.
“Sepanjang tempoh perkhidmatan, hakim dan pegawai kehakiman wajib menjaga tatakelakuan bukan sahaja di mahkamah tetapi di luar mahkamah dan alam maya, susulan era digital,” katanya.
Beliau turut mengingatkan pegawai kehakiman mengelakkan diri daripada berhutang secara serius, yang dilihat boleh memburukkan nama perkhidmatan awam dan mencalar imej Badan Kehakiman Malaysia.
“Tindakan tatatertib bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993 boleh diambil ke atas mana-mana pegawai kehakiman yang gagal merancang dan menguruskan perbelanjaan dengan bijak.
“Seterusnya terjerus dalam keberhutangan yang serius. Kita maklum tekanan daripada keberhutangan yang serius boleh membuka ruang untuk perbuatan salah laku dan perbuatan rasuah,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar