Melayu tak perlu risau kerana kedudukan sudah dijamin Perlembagaan
Isu peralihan jawatan Perdana Menteri
akan terus menjadi kontroversi serta polemik dalam kalangan rakyat
serta pengikut politik selagi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak meletakkan
garis masa yang jelas dan tepat untuk menyerahkan jawatan itu kepada
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penganalisis politik, Prof Datuk Dr
Mohammad Agus Yusoff berkata, tanpa garis masa yang tepat, ia membuatkan
rakyat terus berspekulasi mengenai bakal Perdana Menteri, sekali gus
menjadikan politik negara terus panas dan tidak stabil.
Katanya, tanpa garis masa yang jelas juga menyebabkan pelabur tidak yakin untuk melabur dan kesannya tiada peluang pekerjaan baharu untuk puluhan ribu anak muda yang sedang mencari kehidupan.
Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) membuat ketetapan bagi proses peralihan kuasa perdana menteri supaya isu
berkenaan tidak lagi dipolitikkan.
“Bila masanya yang sesuai untuk berlakunya peralihan kuasa ini, bincanglah dalam majlis Presiden PH.
Yang pentingnya, buatlah ketetapan segera menentukan tarikh peralihan kuasa ini sama ada itu akan dilakukan ataupun Tun Dr Mahathir akan terus memegang jawatan sehingga tamat penggal ini.
“Ini mustahak supaya negara boleh melangkah dan rakyat boleh berhenti berspekulasi dengan isu peralihan kuasa ini,” katanya hari ini.
Mengulas siapakah calon pengganti Dr Mahathir jika peralihan kuasa berlaku dalam penggal ini, beliau menyatakan Anwar Ibrahim adalah individu yang sesuai.
“Saya percaya Datuk Seri Anwar mampu melaksanakan reformasi institusi dan melonjakkan ekonomi negara. Saya yakin Anwar mampu membina kerajaan yang kuat,” katanya.
Ditanya apakah pelantikan Anwar akan diterima rakyat, beliau mengakui ada kalangan orang Melayu tidak senang jika Presiden PKR itu menjadi perdana menteri kerana pandangan politik Melayunya yang tidak jelas, sikapnya yang dilihat liberal dan terlalu bertolak ansur dengan bukan Melayu.
“Bagaimanapun, orang Melayu tidak perlu risau hal ini kerana kedudukan Melayu sudah dijamin dalam Perlembagaan.
Janganlah setelah 62 tahun merdeka, kita masih lagi dikongkong dengan politik perkauman.
“Malaysia memerlukan naratif politik baharu dan bagi saya Anwar adalah pemimpinnya yang mampu melonjakkan ekonomi negara, memartabatkan kesejahteraan rakyat, mengharmonikan hubungan kaum dan membawa negara ke hadapan,” katanya.
Mengulas mengenai perubahan tampuk pemerintahan selepas PRU14, beliau mengakui gembira dengan ‘Malaysia Baru’, bahkan kerajaan sekarang komited membersihkan negara daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa, serta membuka ruang kebebasan lebih baik kepada rakyat.
Bagaimanapun, setelah lebih setahun memerintah, tidak dapat dinafikan Kabinet PH masih lemah, terutamanya dari sudut polisi kerajaan, katanya.
“Tidak banyak kementerian yang dapat memberikan polisi yang jelas tentang arah tuju mereka.
“Terutama, dari sudut ekonomi, kerajaan patut memberikan penjelasan tentang senario sebenar dihadapi negara, bukan berterusan menyalahkan rejim lalu.
Sekarang adalah masanya kerajaan bekerja keras mengatasi keresahan rakyat dan membuktikan ‘perut rakyat’ terjaga baik,” katanya.

Ulasan
Catat Ulasan