Pemimpin PH seru rakyat atasi ancaman gugat perpaduan
Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) menyeru rakyat Malaysia agar
mengekalkan perpaduan dan megatasi segala usaha untuk memecahbelahkan
mereka.Presiden PKR Anwar Ibrahim, dalam perutusan sempena hari Deepavali berkata keutamaan harus diberikan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
"Sebagai kerajaan hari ini, kita masih belum berganjak dari komitmen kepada keadilan dan kesaksamaan, juga usaha dalam mewujudkan ekonomi yang belas dan membela semua, termasuk kaum India di Malaysia yang masih terkesan dengan gejala kemiskinan.
"Dan saya yakin bahawa fokus ini masih berterusan dan naratif ini masih digunapakai.
"Dan untuk mendepaninya - anak semua warga - tak kira apa kaum dan latar belakang harus bersama membenam gangguan ini.
"Saya juga percaya rakyat Malaysia adalah warga yang matang dan peka, serta mampu mengenepikan segala perbedaan yang ‘trivial’ dan bergandingan demi maslahat semua," katanya.
Beliau menegaskan bahawa jika Malaysia mahu melangkah ke hadapan, maka ia perlu memperbetulkan keutamaannya.
Semalam, Perdana Menteri
Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi PH dan Bersatu, juga
menekankan kepentingan bertolak ansur dalam masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.
"Kita sedar wujudnya anasir-anasir yang tidak sihat yang boleh menganggu gugat keharmonian negara. "Namun kita percaya bahawa mereka ini hanya segelintir dan majoriti rakyat Malaysia adalah matang dan rasional serta lebih cenderung kepada keamanan sejagat.
"Sikap ini terdorong dari perasan sayangkan negara sendiri. Ini negara kita, tidak ada tempat seunik Malaysia," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan