Saya pun pernah taat setia pada Umno, Anwar ulas Salleh mohon masuk PKR

KOTA KINABALU: Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata tiada bantahan keras terhadap penghijrahan bekas ahli Umno Salleh Said Keruak ke partinya walaupun permohonan keahliannya masih belum diputuskan.
Anwar juga berkata walaupun parti itu sedar akan hubungan Salleh dengan Umno sebelum ini, “ia tidak harus jadi sebab untuk tidak menerimanya”.
“Dulu saya juga seorang ahli Umno yang agak komited,” katanya kepada pemberita selepas konvensyen PKR Sabah di Penampang hari ini.
Beliau berkata partinya sedar Salleh, bekas menteri multimedia dan komunikasi, pernah taat setia pada perdana menteri sebelum ini, Najib Razak.
“Saya pertimbangkan perkara itu…Pengerusi PKr Sabah Christina Liew dan beberapa pemimpin Sabah juga berpandangan beliau dulu kuat mempertahankan Najib.
“Tetapi kalau sekarang dia sangat komited pada perjuangan parti, kita perlu pertimbangkan. Bagi saya, apa yang tidak boleh dirundingkan adalah kamu mesti pegang teguh pada agenda reformasi – terima hakikat bahawa ini parti reformasi,” kata Anwar.
Salleh memohon untuk menyertai parti itu secara dalam talian pada Ogos, dan desas-desus mengatakan Anwar akan mengumumkan penyertaannya di konvensyen hari ini.
Beliau meninggalkan Umno pada Disember tahun lepas semasa penghijrahan besar-besaran pemimpin Umno Sabah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 ahli Parlimen PKR keluar parti, PH

MAHATHIR TELAH HILANG AURA, MASA BERUNDUR KINI TIBA!!

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA