Skandal 1MDB-Tanore: Dua pengarah Petrosaudi dapat 'komisen' AS$85 juta dari Gold Star
Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur diberitahu bahawa dua individu utama dalam usaha sama
1MDB-Petrosaudi dibayar sejumlah AS$85 juta sebagai "komisen" oleh Good
Star Ltd, sebuah syarikat dikawal Jho Low.
Mereka ialah warga Arab
Saudi Tarek Obaid dan warga Switzerland Patrick Mahoney. Kedua-duanya
ialah pengarah Petrosaudi International pada masa itu.
Perkara itu dinyatakan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah hari ini.
Shafee menunjukkan penyata bank JP Morgan yang memaparkan bayaran AS$85 juta (RM366 juta mengikut kadar tukaran semasa) oleh Good Star Ltd ke akaun yang didaftarkan dengan nama "Tarek Hussain Obaid".
Shahrol juga ditunjukkan dokumen yang menyatakan Tarek kemudian membayar AS$33 juta kepada Mahoney.
Shafee memberitahu transaksi itu dibuat lima hari selepas Good Star menerima AS$70 juta daripada 1MDB. Shahrol setuju dengan kenyataan itu, tetapi berkata tidak tahu tentangnya ketika ia berlaku.
Shafee: Adakah ini komisen yang sebenar atau pencurian terang-terangan?
Shahrol: Tidak cukup maklumat untuk mengatakannya.
Shafee: Berapa peratus (komisen)?
Shahrol: Lebih sedikit daripada 10 peratus.
Shafee: Itu cukup tinggi untuk satu usaha sama.
Shahrol: Ya.
Shafee: Anda tahu Tarek Obaid ialah pengarah PetroSaudi. Adakah dia beritahu dia dapat wang ini daripada usaha sama itu?
Shahrol: Tidak.
Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa 1MDB sepatutnya menyumbang AS$1 bilion untuk menyertai syarikat usaha sama dengan Petrosaudi International.
Bagaimanapun hanya AS$300 juta yang pergi ke syarikat itu, dengan baki AS$700 juta dipindahkan ke Good Star Ltd.
Ketika Shafee bertanya Shahrol jika dia membuat pemeriksaan sama ada sumbangan 1MDB itu disalurkan ke projek usaha sama tersebut, Shahrol berkata dia tidak dapat berbuat demikian.
"Kami telah cuba...Kami sering dihalang oleh Mahoney dan Tarek," kata Shahrol.

Ulasan
Catat Ulasan