Skandal 1MDB-Tanore: Najib desak meterai perjanjian 1MDB-PetroSaudi, mahkamah diberitahu
BEKAS perdana menteri Najib Razak, melalui perantara, menggesa
perjanjian usahasama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan
PetroSaudi International dimeterai pada akhir September 2009, Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur diberitahu minggu lalu.
Semasa soal balas, bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata
beliau didesak untuk menandatangani perjanjian itu pada 28 September
2009 oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, yang dikenali
sebagai Jho Low, dan pengarah eksekutif 1MDB, Casey Tang.
Ia dilakukan juga walaupun terdapat klausa yang menyebabkan hutang sebanyak AS$700 juta (RM2.9 bilion) terhadap entiti itu.
“Pada masa itu saya terima banyak tekanan supaya meterai perjanjian. Jho Low dan Casey meyakinkan saya yang ia OK, dan Jho Low tegaskan yang bos (Najib) memang mahu ia dilakukan,” kata Shahrol.
“Jadi saya ambil keputusan untuk mengikut apa yang saya lihat sebagai arahan dari Datuk Seri Najib dan tandatangani perjanjian itu.
“Saya percaya ia akan berjaya kerana Jho Low uruskan butirannya dengan Tang, dan Najib tahu mengenainya.”
Shahrol berkata beliau tidak memaklumkan kepada lembaga pengarah 1MDB mengenai klausa yang akan menyebabkan entiti menanggung hutang.
Najib sedang dibicarakan berhubung empat tuduhan penyalahgunaan kuasa mendapatkan suapan RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram dengan jumlah yang sama.
Pihak pendakwa menuduh beliau bersekongkol dengan Low, anak kelahiran Pulau Pinang itu untuk menipu firma pelaburan negara.
Dalam usaha sama bernilai AS$2.5 bilion, 1MDB menyuntik modal AS$1 bilion secara tunai bagi 40% kepentingan.
Daripada AS$1 bilion, AS$300 juta disalurkan ke akaun yang dipegang oleh PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd dengan nama “JVCo”.
Baki AS$700 juta diremitkan ke akaun dimiliki oleh Good Star, firma yang dikawal oleh Low.
PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd bukan syarikat yang sama dengan PetroSaudi International.
Semasa soal balas, bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata
beliau didesak untuk menandatangani perjanjian itu pada 28 September
2009 oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, yang dikenali
sebagai Jho Low, dan pengarah eksekutif 1MDB, Casey Tang.Ia dilakukan juga walaupun terdapat klausa yang menyebabkan hutang sebanyak AS$700 juta (RM2.9 bilion) terhadap entiti itu.
“Pada masa itu saya terima banyak tekanan supaya meterai perjanjian. Jho Low dan Casey meyakinkan saya yang ia OK, dan Jho Low tegaskan yang bos (Najib) memang mahu ia dilakukan,” kata Shahrol.
“Jadi saya ambil keputusan untuk mengikut apa yang saya lihat sebagai arahan dari Datuk Seri Najib dan tandatangani perjanjian itu.
“Saya percaya ia akan berjaya kerana Jho Low uruskan butirannya dengan Tang, dan Najib tahu mengenainya.”
Shahrol berkata beliau tidak memaklumkan kepada lembaga pengarah 1MDB mengenai klausa yang akan menyebabkan entiti menanggung hutang.
Najib sedang dibicarakan berhubung empat tuduhan penyalahgunaan kuasa mendapatkan suapan RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram dengan jumlah yang sama.
Pihak pendakwa menuduh beliau bersekongkol dengan Low, anak kelahiran Pulau Pinang itu untuk menipu firma pelaburan negara.
Dalam usaha sama bernilai AS$2.5 bilion, 1MDB menyuntik modal AS$1 bilion secara tunai bagi 40% kepentingan.
Daripada AS$1 bilion, AS$300 juta disalurkan ke akaun yang dipegang oleh PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd dengan nama “JVCo”.
Baki AS$700 juta diremitkan ke akaun dimiliki oleh Good Star, firma yang dikawal oleh Low.
PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd bukan syarikat yang sama dengan PetroSaudi International.
Ulasan
Catat Ulasan