Dasar Negara Rahmah garis ciri kepimpinan berintegriti - Fuziah
KUALA LUMPUR: Dasar Negara
Rahmah akan menggariskan ciri-ciri sebuah negara yang dinaungi dengan
pentadbiran dan kepimpinan yang berintegriti, tadbir urus baik, memiliki
masyarakat yang berilmu, berakhlak dan penyayang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ia juga akan mengutamakan hubungan etnik dan penganut pelbagai agama yang harmoni, kedudukan ekonomi yang mampan, pembangunan dan alam sekitar yang lestari.
Selain itu jelasnya, kebajikan dan keselamatan rakyat akan terpelihara
serta bersifat menyantuni kemanusiaan, ihsan dan peradaban
bermatlamatkan kesejahteraan sejagat.
“Aspirasi yang terkandung dalam Blue Print Negara Rahmah ini juga adalah seiring dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan agenda antarabangsa 17 Matlamat Sustainable Development Goals (SDGs).
“Blue Print ini telah meletakkan lima prinsip Maqasid Syariah iaitu
menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta sebagai prinsip panduan
bagi memastikan segala perancangan dan halatuju bergerak seiring dengan
syariat Islam,” katanya.
Fuziah berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas - Rantau Panjang) yang mahu tahu jaminan pelaksanaan Dasar Rahmatan Lil Alamin sebagai dasar pentadbiran Islam baharu negaraakan mampu meningkatkan martabat syariat Islam dan membela hak umat Islam.
Dalam pada itu tegasnya, dasar pentadbiran Islam melalui pendekatan Rahmah bukan bertujuan menghapuskan hak atau melonggarkan undang-undang yang menjamin kepentingan Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Rahmatan Lil Alamin diperakui dan diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-65 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 14 Mac 2019.
Pada 25 Oktober 2019, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju terhadap pelaksanaan dasar pentadbiran melalui pendekatan Rahmatan Lil Alamin untuk dilaksanakan ke arah mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan bangsa di negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ia juga akan mengutamakan hubungan etnik dan penganut pelbagai agama yang harmoni, kedudukan ekonomi yang mampan, pembangunan dan alam sekitar yang lestari.
“Aspirasi yang terkandung dalam Blue Print Negara Rahmah ini juga adalah seiring dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan agenda antarabangsa 17 Matlamat Sustainable Development Goals (SDGs).
Fuziah berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas - Rantau Panjang) yang mahu tahu jaminan pelaksanaan Dasar Rahmatan Lil Alamin sebagai dasar pentadbiran Islam baharu negaraakan mampu meningkatkan martabat syariat Islam dan membela hak umat Islam.
Dalam pada itu tegasnya, dasar pentadbiran Islam melalui pendekatan Rahmah bukan bertujuan menghapuskan hak atau melonggarkan undang-undang yang menjamin kepentingan Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Rahmatan Lil Alamin diperakui dan diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-65 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 14 Mac 2019.
Pada 25 Oktober 2019, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju terhadap pelaksanaan dasar pentadbiran melalui pendekatan Rahmatan Lil Alamin untuk dilaksanakan ke arah mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan bangsa di negara ini.
Ulasan
Catat Ulasan