Jangan biar isu perkauman jadi barah pada perpaduan rakyat - TPM
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata
nilai-nilai murni perpaduan perlu sentiasa dipupuk dan jangan biarkan
isu perkauman menjadi kanser atau barah yang akan memakan perpaduan
masyarakat.
Katanya rakyat di negara ini telah berkongsi
kemakmuran bersama, serta mengamalkan kesaksamaan dan keterbukaan, dalam
meneruskan arus pembangunan negara.“Kita kongsi kemakmuran, supaya tiada sesiapa yang tertinggal dalam arus pembangunan negara.
“Kita boleh hidup bersama, tidak perlu katakan Melayu, Cina atau India, kita semua rakyat Malaysia.
Dr Wan Azizah yang merupakan Ahli Parlimen Pandan berkata, jika ada jurang dan perbezaan, ia perlu segera diperbetulkan agar setiap rakyat dapat merasai kemakmuran bersama dan meneruskan pembangunan negara.
Katanya rakyat juga perlu mengamalkan sikap toleransi dan menerima perbezaan antara kaum dan agama serta mengutamakan muhibbah dan perpaduan.
Ulasan
Catat Ulasan