PINDA AUDIT 1MDB: Ambrin arah semua salinan dilupus kecuali satu disimpan Salwani
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang memberitahu Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur bahawa beliau mengarahkan semua salinan laporan audit asal
1MDB dilupuskan kecuali satu salinan. Beliau berkata salinan yang
tidak dimusnahkan itu bagi membolehkan pegawainya Nor Salwani Muhammad,
yang merupakan penyelaras bagi laporan itu, menyimpannya.
Beliau
berkata laporan asal, di mana 60 salinan telah dicetak, tidak lagi boleh
digunakan kerana ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy
mahukan perubahan dibuat.
"Selepas perbincangan dengan Arul Kanda,
pasukan audit meminta kebenaran saya tentang perubahan yang boleh
dibuat berdasarkan justifikasi bahawa ia telah diteliti.
"Oleh itu, laporan audit 1MDB Jabatan Audit Negara (JAN) yang sudah dicetak tidak lagi boleh digunakan kerana perubahan.
"Saya
mengarahkan semua laporan audit 1MDB yang sudah dicetak untuk
dilupuskan kecuali satu yang disimpan Nor Salwani," katanya semasa
pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rozaliana Zakaria dalam
kes perbicaraan Perdana Menteri Najib Razak dan Arul Kanda melibatkan
pindaan audit 1MDB.
Ambrin menegaskan beliau mempunyai kuasa untuk membuat
keputusan itu walaupun dokumen itu dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi
1972.
"Saya telah terima certification di bawah
undang-undang. Peraturan bawah OSA, anda perlu dapatkan pensijilan
dokumen pemegang OSA. Jadi saya boleh mengendalikan, menyimpan untuk
kegunaan dalaman," katanya.
Salinan tunggal laporan 1MDB yang asal dan tidak dilupsukan itu dijadikan sebagai bukti utama dalam perbicaraan itu.
Ambrin
berkata perubahan kepada laporan audit itu dibuat berikutan maklum
balas Arul Kanda dalam dua mesyuarat sebelumnya, pertama dengan Najib
pada 22 Feb 2016 dan satu lagi pada 24 Feb 2016 dengan Ketua Setiausaha
Negara, Ali Hamsa dan beberapa pegawai kerajaan lain.
"Mesyuarat
(pada 24 Feb) memberi tekanan pada JAN untuk mempertimbangkan
pendengaran atau menerima maklum balas yang diberikan oleh pengurusan
1MDB walaupun tempoh masa yang panjang sudah diberikan kepada mereka
untuk berbuat demikian," katanya.
Beliau berkata laporan audit
asal itu tidak mengandungi maklum balas 1MDB kerana syarikat itu tidak
pernah memberi maklum balas atas permintaan tersebut.
Dalam
pertemuan itu, yang hadir ialah Ali, Arul, Setiausaha sulit kanan kepada
Ali, Norazman Ayob, Dzulkifli Ahmad yang mewakili Jabatan Peguam Negara
ketika itu,Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Isa Hussain, wakil
Kementerian Kewangan Asri Hamidon, dan Setiausaha Sulit Najib, Shukry
Mohd Salleh.
Dzulkifli Ahmad dilantik mengetuai SPRM lima bulan kemudian.
Ambrin,
yang dipanggil oleh Ali, berkata beliau membawa seluruh pasukan audit
1MDB ke mesyuarat di pejabat Ali tetapi hanya dua individu - Ambrin dan
Saadatul Nafisah - dibenarkan masuk.
"Ahli-ahli lain pasukan audit 1MDB terpaksa tunggu di luar bilik mesyuarat dengan dokumen mereka dan kertas kerja," katanya.
Ambrin,
yang kemudiannya disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram,
juga mempertahankan langkah Salwani meletakkan perakam suara dalam bekas
pensil Saadatul sebelum dia masuk ke mesyuarat itu.
Gopal bertanya Ambrin jika perbuatan itu merupakan pelanggaran tatalaku.
Namun
Ambrin berkata perakam itu untuk membantu Salwani, yang merupakan
penyelaras audit, mengambil nota kerana dia tidak dibenarkan masuk ke
mesyuarat berkenaan.
"Dia tidak langgar kerana dia boleh mengambil nota - untuk kegunaan dalaman (JAN)," katanya.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan