Pada 29 November 1999
merupakan hari yang murung buat DAP. Boleh dikatakan keputusan pilihan
raya umum 1999 adalah yang paling buruk dalam sejarah DAP, walaupun jika
diambil kira bilangan kerusi yang dimenangi, sebenarnya tidaklah teruk
mana.
Tetapi Lim Kit Siang dan Karpal Singh - pemimpin besar parti - tewas di kerusi masing-masing di Bukit Bendera dan Jelutong.
Bagi
DAP, nampaknya segalanya telah berakhir. Ketika saya mengucapkan
tahniah kepada Teresa Kok atas kemenangan pertamanya pada keesokan hari
di kedai kopi Seaview berhampiran ibu pejabat lama DAP di Petaling Jaya,
beliau dengan sedih berkata bahawa lebih baik dia kalah daripada
melihat Kit Siang dan Karpal kehilangan kerusi masing-masing.
Beberapa hari kemudian, Kit Siang meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung, dan mendiang Kerk Kim Hock mengambil alih.
Pada
lewat malam hari mengundi, kami pekerja kempen yang muda masih berjaga
di ibu pejabat. Kami berkampung di sana sepanjang tempoh kempen kerana
berkempen untuk Hew Kuan Yau (Superman) yang turut tewas di kerusi DUN
Bukit Gasing.
Berdarah muda, kami bersorak meraikan kemenangan PAS
di Terengganu dan Kelantan; sehingga pekerja parti yang lebih tua adan
sedang bersedih merasa tidak senang hati. Bagi mereka, DAP tewas kerana
bekerjasama dengan PAS dalam Barisan Alternatif. Perjuangan yang tidak selesaiSepanjang
tempoh dua tahun sehingga DAP menarik diri daripada Barisan Alternatif
pada 22 September 2001, pihak parti terutamanya Kit Siang telah berusaha
keras untuk melaksanakan dua tugas besar:
• Meyakinkan orang bukan-Melayu betapa perlunya bekerjasama dengan PAS dalam satu pakatan; dan
•
Menjelaskan kepada PAS kenapa parti itu perlu terus istiqamah di jalan
tengah, dan tidak tergoda dengan pandangan-pandangan ekstrem.
Pada
hari saya melapor diri sebagai pembantu politik pertama Teresa Kok pada
16 Disember 1999, beliau tidak berada di pejabat. Beliau dalam rangka
lawatan ke Kelantan dan Terengganu bersama Kit Siang untuk bertemu
Almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, dan Tuan Guru Hadi Awang.
Sesi-sesi
dialog dianjurkan bagi membawa Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi berucap
di Dewan Perhimpunan Cina Selangor untuk berinteraksi dengan khalayak
bukan-Islam.
Saya
turut mengetuai beberapa lawatan pengundi-pengundi Teresa ke
pejabat-pejabat kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu dalam usaha
melawan kempen ketakutan yang dibangkitkan oleh akhbar-akhbar Cina
terhadap PAS.
Dalam suatu majlis makan malam tertutup, saya
melihat sendiri bagaimana sukarnya kehidupan buat Kit Siang selepas
kekalahannya yang begitu memalukan.
Tetapi beliau tidak
merajuk atau membuang masa, sebaliknya terus bergerak ke seluruh negara,
menentang segala kemustahilan untuk mengekalkan pakatan Barisan
Alternatif yang masih muda sehinggalah ia tidak boleh dipertahankan
lagi.
Saya sangat mengkagumi mantan presiden PAS waktu itu,
Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Saya sering terfikir, kalaulah Ustaz Fadzil
yang menang kerajaan negeri Kedah, dan bukannya Hadi di Terengganu;
sejarah mungkin berbeza hari ini. Haji Hadi, sejak dahulu hingga kini,
tidak peduli sangat tentang perlunya usaha memperkukuh pakatan berbilang
kaum.
PAS terus ditekan oleh Utusan dan UMNO kerana berkawan
dengan DAP, manakala DAP pula terus ditekan oleh akhbar Cina dan Tamil
serta parti-parti bukan-Melayu dalam BN kerana berkawan dengan PAS.
Dalam
kempen 1999, MCA Bukit Bintang telah menggantung bendera PAS pada jam 4
pagi pada hari mengundi walaupun PAS tidak bertanding di kawasan itu.
Pada
kempen 2004, MCA Bukit Bintang bertindak lebih berani dengan
menggantung ‘roket hijau’ di seluruh kawasan sepanjang tempoh kempen,
bagi mengaitkan PAS dengan DAP walaupun Barisan Alternatif telah
dibubarkan pada 2001.
Pada ketika itu, anggapannya ialah apabila PAS disamakan dengan DAP, ia akan membawa makna kehancuran politik untuk DAP. Latar berbeza, aspirasi yang samaUntuk tempoh 20 tahun akan datang, malah pada ketika ini pun, pergulatannya kekal sama yang kadang kala menyakitkan diri saya.
Pertama,
untuk meyakinkan akar umbi DAP serta pemimpin dan rakan gabungannya
bahawa kita mesti lakukan apa termampu untuk mengekalkan sebuah pakatan
berbilang kaum dengan satu program bersama.
Kedua, untuk
meyakinkan seramai mungkin rakyat Malaysia daripada pelbagai latar
etnik, agama dan budaya bahawa hasrat dan tujuan kita adalah sama.
Pengalaman
melalui kegagalan Barisan Alternatif menyayatkan hati saya tetapi ia
juga memberi jawapan bahawa satu-satunya cari untuk menewaskan Barisan
Nasional adalah dengan mewujudkan sebuah pakatan berbilang kaum.
Saya
kemudiannya memutuskan untuk mengkaji dan menghasilkan tesis tentang
PAS apabila menuntut di Australian National University di bawah seliaan
Dr John Funston, seorang cendekiawan yang pakar dalam politik Melayu.
Tesis
yang saya kemukakan pada November 2004 berhujah bahawa hasil kemasukan
pemimpin muda secara beramai-ramai ketika Reformasi telah mewujudkan dua
kumpulan dalam PAS, iaitu golongan garis keras dan arus perdana (hardliners and mainstreamers).
Mereka
yang mengambil garis keras tidak berminat untuk mendapat kuasa di
peringkat pusat dan tidak peduli tentang sentimen warga bukan-Melayu
atau Melayu moderat. Apa yang mereka peduli hanyalah nilai moral yang
mereka tetapkan sendiri dalam ruang Melayu sahaja.
Golongan arus
perdana - istilah yang digunakan Almarhum Ustaz Fadzil dalam salah satu
muktamar PAS bagi menyeru partinya bergerak ke jalan tengah - mahu
membina pakatan politik, dan berhasrat menjadikan PAS sebuah parti yang
diterima kedua-dua orang Islam dan bukan-Islam.
Sepanjang satu
dekad setengah kemudiannya, kita telah melalui era pakatan de facto
Bersih (2005-2008), Pakatan Rakyat (2008-2015) dan kini Pakatan Harapan. Pentingnya membina pakatanTempoh
20 tahun yang lalu adalah era yang sangat produktif walaupun memedihkan
dalam membina sebuah pakatan politik yang serius dan bertujuan membuat
perubahan dalam negara selepas bertahun lamanya menjadi mangsa amalan
korupsi dan ketidakpedulian Barisan Nasional. Hasil kejayaan itu
terbukti pada Mei 2018.
Apatah lagi, dalam setiap parti komponen
Pakatan Harapan, wujud beberapa pemimpin yang percaya dengan usaha
membina pakatan dan telah gigih berusaha untuk memastikan pakatan ini
berjaya, walau berhadapan situasi sukar.
Kita harus memuji
pemimpin dan anggota yang membentuk Amanah pada tahun 2015. Mereka telah
melalui pelbagai ujian dan caci maki kerana bertegas tentang perlunya
pakatan berbilang kaum, dan bukannya sebuah gabungan eksklusif Muslim
sahaja seperti yang diinginkan oleh Ustaz Hadi serta
pengikut-pengikutnya.
Dari satu sudut, kita yakin bahawa memang cukup bilangan pemimpin yang percaya dengan projek pakatan berbilang kaum ini.
Tetapi
di satu sudut lagi, saya akui bahawa tugas meyakinkan rakyat Malaysia
agar melihat seluruh rakyat Malaysia sebagai sebahagian daripada sebuah
komuniti impian dengan satu cita-cita, adalah satu tugas yang sukar.
Pakatan
terpaksa menggandakan usahanya supaya seluruh rakyat Malaysia menyedari
bahawa siapa pun kita, kita menentang rasuah, kita mahukan peluang
pekerjaan yang lebih baik, pendapatan yang selayaknya, peluang
perniagaan yang adil dan kukuh, percukaian yang adil, pendidikan yang
lebih berkualiti, penjagaan kesihatan yang baik, perumahan yang mampu
dimiliki, pengangkutan awam berkualiti, alam sekitar yang bersih,
mengatasi krisis perubahan iklim dan sebagainya.
Ini sewajarnya
menjadi agenda utama dalam percakapan sehari-hari. Kita mesti menjadikan
isu-isu ini sebagai isu yang paling menarik emosi.
Sebagai
contoh, hilang pekerjaan atau tidak cukup wang belanja untuk makanan
anak-anak atau bergelut dengan khidmat kesihatan adalah amat mencabar
emosi. Semua yang terlibat merasai pedihnya. Apatah lagi bagi ketua
keluarga.
Namun,
kita sedar walaupun realiti pahit ini berlaku di depan mata, masih
ramai di kalangan kita mudah terpengaruh dengan ribut perkauman hasil
kerja juara-juara perkauman di media sosial, selain sikap beberapa pihak
media yang masih mesra dengan rejim lama.
Kita harus bekerja
dalam satu pakatan dan kita mesti mengusahakan yang terbaik untuk
memastikan keseluruhan pakatan kekal di jalan tengah.
Sahabat saya
Dr Wong Chin Huat pernah berkata bahawa jalan tengah ini ibarat ‘kopi
tanpa gula dan susu’. Pendek kata, tidak sedap. ‘Kita memilih jalan yang
kurang enak supaya kekal sihat sejahtera’. Walaupun tanpa gula dan susu
itu bererti kopi menjadi pahit, ia baik untuk kesihatan.
Pada
suatu tahap, pandangan beliau tepat. Kita sedang mengusahakan jalan
tengah kerana alternatifnya adalah kekacauan, malah mungkin pertumpahan
darah akibat politik ekstremis dan eksklusif kaum/agama.
Selepas
menghabiskan 20 tahun berusaha gigih untuk membina dan memperkukuh
sebuah pakatan, dan selalunya diserang dalam parti sendiri kerana
didakwa ‘tidak peduli sangat dengan tapak sokongan’, saya tetap bertegas
ingin menumpukan seluruh tenaga bagi memastikan majoriti rakyat
Malaysia memahami bahawa hasrat kita semua hampir sama - pekerjaan,
gaji, peluang berniaga, cukai yang adil, pendidikan, kesihatan,
perumahan, pengangkutan awam, alam sekitar, iklim, dan sebagainya; dan
tujuan kita sebagai sebuah negara adalah satu.
Dua puluh tahun
selepas 1999, imej Kit Siang berusaha gigih dan tidak mengenal putus asa
dalam usaha membina pakatan walaupun beliau sendiri tewas, tetap
menjadi sumber inspirasi bagi saya.
Tidak kiralah betapa
banyaknya ranjau di sepanjang jalan, kita mesti terus memperjuangkan
sebuah Bangsa Malaysia (Malaysian Nation) yang boleh kita banggakan.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan