Kes Zahid Hamidi: Rekod kad kredit, cukai jalan dan siapa Mazlina?
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Pada 12 Disember lalu merupakan hari terakhir perbicaraan kes
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bagi
tahun 2019.
Ahmad Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan,
12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT) melibatkan dana Yayasan
Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Sepanjang
12 hari perbicaraan (sejak 18 November), 26 saksi hadir memberikan
keterangan di mahkamah, dan perbicaraan banyak berkisar tentang dakwaan
pecah amanah terhadap dana Yayasan Akalbudi.
Dalam pertuduhan pecah amanah (CBT), Ahmad Zahid dituduh menyeleweng RM31 juta dana Yayasan Akalbudi- yang mana beliau merupakan pengasas, pemegang amanah, dan penandatangan tunggal.
Melalui
jejak aliran tunai yang dibentangkan kepada mahkamah, pihak pendakwaan
cuba membuktikan bahawa satu amaun besar milik yayasan digunakan untuk,
antara lain, membayar bil kad kredit peribadi, membeli polisi insurans
kenderaan-bermotor dan membeli cukai jalan untuk kenderaan milik
peribadi.
Laporan mengenai rekod cukai jalan bagi kenderaan Ahmad Zahid merupakan antara perkara yang paling memancing perhatian ramai dalam perbicaraan setakat ini.
Sebanyak
20 kenderaan, yang hampir kesemuanya kereta dan motosikal mewah, dan
hampir semuanya didaftarkan atas nama beliau, mempunyai cukai jalan
berjumlah RM35,726.80.
Sementara nilai polisi insurans kenderaan Ahmad
Zahid dan keluarganya mencecah RM72,209.57 untuk 20 kenderaan yang
dimiliki mereka. Semua kenderaan ini sama dengan rekod kenderaan yang
disenaraikan saksi bagi cukai jalan, kecuali dua kenderaan kerana
berlaku pertukaran nombor plat.
Salah seorang saksi yang merupakan ejen insurans memberitahu mahkamah, dia menerima tiga cek bernilai RM107,509.55 untuk pembayaran polisi insurans dan cukai jalan bagi 20 kenderaan.
Laporan
rekod kad kredit Ahmad Zahid juga menarik perhatian banyak pihak,
apabila saksi mendedahkan perbelanjaan yang dibuat Ahmad Zahid dan
keluarganya, termasuk di butik-butik mewah luar negara.
Rekod kad kredit Ambank yang dibentangkan saksi menunjukkan penggunaan kad kredit Ahmad
Zahid dan isterinya, Hamidah Khamis mencecah lebih RM1.4 juta dalam
tempoh dua tahun dua bulan (antara Disember 2013 hingga Januari 2016),
termasuk di luar negara.
Ini termasuklah perbelanjaan di
pusat beli-belah, fesyen dan butik mewah seperti Burberry, Louis
Vuitton, Swarovski, Harrods, Max Mara, Myer, Zilli Hermes, Stefano
Ricci, Marks & Spencer, Escada dan Giorgio Armani; pusat mainan
seperti Toys R Us dan DC Super Heroes, pusat barang kemas seperti Poh
Kong Jewellers, Habib Jewels dan Swarovski; pusat farmasi, bil hospital,
serta perbelanjaan lain.
Pembayaran yang direkodkan terhadap kad
kredit itu pula mencecah RM1,296,715.98 (dari Januari 2014 hingga
Januari 2016) melalui 37 transaksi cek (dua dipulangkan semula).
Bagi kad kredit Maybank
pula, sebanyak RM 45,951.36 perbelanjaan direkodkan- termasuk di Kiev,
Ukraine dan Seoul, Korea Selatan- manakala pembayarannya pula ialah
sebanyak RM65,251.83, dibuat menerusi sembilan transaksi cek (satu
dipulangkan semula).
Menurut salah seorang saksi, Ahmad Zahid juga mengarahkan penebusan semua akaun
simpanan tetap milik Yayasan Akalbudi dan mengeluarkan cek bank
(banker’s cheque) atas nama Messrs Lewis & Co berjumlah
RM17,953,185.21, bagi tujuan “membina bangunan Yayasan Akalbudi”. Siapa Mejar Mazlina?
Walaupun
perbelanjaan kad kredit dan nilai polisi insurans menjadi perhatian
rakyat, pasukan pendakwaan- seperti yang dinyatakan dalam pernyataan
pembukaan- perlu membuktikan penyelewengan Yayasan Akalbudi oleh Ahmad
Zahid berlaku menerusi pembayaran-pembayaran yang dibuat.
Dengan
itu, pasukan pembelaan mendakwa, pembayaran untuk kad kredit dan
insurans yang dibuat melalui cek Yayasan Akalbudi itu, dibuat tanpa
pengetahuan Ahmad Zahid oleh pembantunya ketika itu yang bernama Mejar
Mazlina.
Nama Mejar Mazlina boleh dikatakan nama yang paling
banyak ditimbulkan oleh pasukan pembelaan, khususnya ketika pemeriksaan
balas terhadap keterangan tentang transaksi melibatkan cek.
Menurut
peguam bela, pihaknya telah menghantar sejumlah cek ke Jabatan Kimia
Malaysia untuk pengesahan, dan hasilnya, daripada semua cek itu, sebanyak 32 cek didapati bukan dihasilkan menggunakan tulisan tangan, sebaliknya menggunakan cap tandatangan.
Ini
termasuklah 25 cek kepada Ambank dan enam cek kepada Maybank untuk
pembayaran kad kredit. Dakwa peguam bela, cek-cek tersebut dicap oleh
Mejar Mazlina tanpa pengetahuan Ahmad Zahid.
Penggunaan dana
Yayasan Akalbudi untuk membuat pembayaran kad kredit, kata mereka, juga
disebabkan kesalahan Mejar Mazlina yang sepatutnya menggunakan wang dari
akaun peribadi Ahmad Zahid.
Malah, mereka turut mendakwa Mejar
Mazlina sememangnya diketahui sering melakukan kesilapan seperti
menghantar cek kosong (tanpa tandatangan) kepada bank sehingga
menyebabkan cek tersebut dipulangkan semula.
Mejar Mazlina dijangka akan dipanggil sebagai salah seorang saksi tahun hadapan.
Selain
pembayaran kad kredit dan insurans, Ahmad Zahid turut dituduh
memberikan wang Yayasan Akalbudi kepada syarikat TS Consultancy &
Resources (RM360,000); Pasukan Persatuan Bola Sepak PDRM (RM 1.3 juta),
dan Armada Holdings (RM10 juta).
Bagi peruntukan tersebut, peguam
bela mendakwa ia sebenarnya untuk mencetak al-Quran (untuk TS),
“kebajikan pemain” (untuk pasukan bola sepak), dan sebagai pelaburan
yang menguntungkan yayasan (untuk Armada Holdings). Tak tahu aktiviti yayasan
Ahmad
Zahid merupakan salah seorang daripada ahli lembaga pemegang amanah
Yayasan Akalbudi yang ditubuhkan sejak 1997 (ketika itu Yayasan Budi),
sebelum memohon menjadi penandatangan tunggal bagi badan tersebut pada
2013.
Bagaimanapun, berdasarkan keterangan ahli lembaga pemegang
amanah yayasan lain yang menjadi saksi perbicaraan, kebanyakan mereka
tidak tahu menahu mengenai apa-apa perjalanan dan aktiviti yayasan.
Ahli
lembaga pemegang amanah Yayasan Akalbudi (mantan atau penyandang) yang
memberi keterangan sebagai saksi ialah Mohd Samsuri Tun, Prof Dr
Zulkifli Senteri, Muhammad Nabil Saleh dan Khairuddin Tarmizi.
Projek yang dinyatakan peguam sebagai antara projek Yayasan Akalbudi. Masjid Maahad Hamidiah di Kajang, Selangor
Hampir
semua mendakwa tidak tahu sumber kewangan yayasan, tidak pernah
berbincang mengenai aktiviti dan perbelanjaan yayasan dengan Ahmad Zahid
(kecuali Khairuddin), tidak pernah dirujuk dengan penyata akuan atau
penyata kewangan yayasan, serta tidak tahu yayasan mempunyai dana
berjumlah jutaan ringgit.
Malah, mereka semua mengaku tidak pernah
menandatangani sebarang dokumen kewangan seperti cek milik yayasan,
kecuali Samsuri (pernah tandatangan cek) dan Nabil (tidak menyebut
langsung mengenai cek dalam pernyataan saksinya).
Mereka juga akur apabila diminta melepaskan jawatan oleh Ahmad Zahid.
Khairuddin
juga membuat pengakuan mengejutkan, iaitu akuan bersumpah (SD) yang
ditandatanganinya pada 2017 bahawa terdapat pembayaran balik dana
Yayasan Akalbudi sebanyak lebih RM800,000 oleh Ahmad Zahid Hamidi,
adalah sebenarnya tidak benar.
SD itu tidak disediakan olehnya, sebaliknya hanya ditandanganinya sahaja setelah diminta berbuat demikian oleh seorang peguam.
Berdasarkan
maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Yayasan Akalbudi, Zulkifli
dan Samsuri masih lagi pengarah yayasan, biarpun kedua-duanya telah
menandatangani surat peletakan jawatan pada 2012.
Dalam
pemeriksaan balas terhadap beberapa saksi, peguam bela mencadangkan
bahawa Yayasan Akalbudi adalah “sebenarnya kepunyaan Ahmad Zahid”, dan
wang peribadi Ahmad Zahid bercampur aduk dengan dana yayasan
memandangkan sebahagian besar pendapatannya dimasukkan ke dalam akaun
yayasan sejak awal penubuhannya lagi.
Peguam bela juga beberapa kali membangkitkan apa yang menurutnya
sebagai “sumbangan dan projek” oleh Yayasan Akalbudi, di dalam dan luar
negara.
Antaranya pembinaan dan penambahbaikan masjid dan surau,
sumbangan kepada golongan memerlukan, percetakan Al-Quran, sumbangan
pelajaran, pembinaan sekolah, serta sumbangan lain seperti sumbangan
hari perayaan dan sumbangan tahunan.
Malah, di Bagan Datuk
sendiri, dia berkata lebih RM46 juta dikatakan disumbangkan untuk masjid
dan surau, sama ada untuk pembinaan, penambahbaikan, sumbangan karpet,
pendingin hawa, pengecatan dan atap. Rasuah
Hari ke-12 turut menyaksikan perbicaraan mula masuk dalam kes rasuah.
Bagi
pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima RM17 juta antara 2016
hingga 2018, sebagai imbuhan buat dirinya untuk menganugerahkan tiga
kontrak kepada beberapa syarikat. Beliau ketika itu Menteri Pertahanan
dan juga Timbalan Perdana Menteri.
Pihak pendakwaan akan
membuktikan bahawa Ahmad Zahid “memainkan peranan penting”
(instrumental) dalam penganugerahan kontrak-kontrak tersebut.
Pada
atau sekitar waktu sama, Ahmad Zahid dituduh menerima rasuah RM4.25
juta daripada “seseorang” sebagai imbuhan terhadap projek MyEG bawah
bidang kuasa kementeriannya ketika itu.
Pada hari ke-12, pasukan
pendakwaan memanggil saksi-saksi formal dari beberapa bank untuk
mengesahkan berlakunya transaksi cek dari lima syarikat kepada Lewis
& Co antara 2016 hingga 2018.
Lima syarikat itu ialah Syarikat
Jogabonito Jewellery and Diamonds (sekeping cek RM250,000), Berani
& Jujur Trading (RM5 juta dalam 10 transaksi cek), Mastoro Kenny IT
Consultant & Services (RM8 juta dalam 13 transaksi cek), Sarana
Kencana Sdn Bhd (RM6 juta dalam dua transaksi cek), dan Profound
Radiance Sdn Bhd (RM2 juta dalam tiga transaksi cek).
Projek
yang dinyatakan peguam sebagai antara projek Yayasan Akalbudi. Maahad
Abdul Fatah Wa Abd Jalil Al-Tahfiz Al-Quran Lil Banat di Bagan Datuk,
Perak
Messrs
Lewis & Co juga nama yang sering timbul dalam perbicaraan Ahmad
Zahid. Pihak pembelaan konsisten mencadangkan bahawa Lewis & Co
ialah pemegang amanah kepada Yayasan Akalbudi.
Peguam bela juga
mencadangkan bahawa saksi-saksi yang dipanggil setakat hari ke-12,
“tidak boleh menafikan” sekiranya dikatakan bayaran yang dibuat adalah
untuk tujuan kebajikan, infak atau sedekah, selain untuk tujuan “dana
politik kepada TPM” (political fund to TPM).
Bagi pertuduhan
pengubahan wang haram pula, Ahmad Zahid dituduh menerima cek berjumlah
RM65 juta menerusi peguam dari Messrs Lewis & Co, dengan sebahagian
besar daripada amaun itu kemudiannya digunakan untuk penempatan deposit
tetap bawah nama firma tersebut.
Selain itu, dua unit banglo berjumlah RM5.9 juta didakwa dibeli tertuduh menggunakan duit tersebut.
Pasukan
pendakwaan terdiri daripada timbalan pendakwa raya Raja Rozela Raja
Toran, Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Lee Keng Fatt, Gan Peng Kun, Harris
Ong Mohd Jeffery Ong, Nur Aishah Maulat Ahmad Zakiuddin dan Mohd Afif
Ali.
Manakala pasukan pembelaan diwakili peguam bela Hisyam Teh
Poh Teik, Ahmad Zaidi Zainal, Hamidi Mohd Noh, Rosal Azimin Ahmad, Haziq
Dhiyauddin Razali, dan Aiman Abdul Rahman.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan