Skandal SRC: Pendakwaan bangkit isu coklat hilang...duit dan coklat...!!


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa beliau tidak memberi perhatian penuh terhadap dana yang masuk ke akaun banknya.

Image result for najib dan coklatSebab itulah bekas Perdana Menteri tidak mengetahui mana-mana transaksi lain masuk ke akaunnya di AmBank selain derma daripada kerajaan Arab Saudi.
Najib yang disoal ketika perbicaraan kes SRC International mempertahankan keterangannya itu dengan mengatakan beliau mengeluarkan wang dari akaun menerusi cek tanpa memeriksa dan mengetahui baki yang tinggal.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram.
Sithambaram: Datuk Seri, anda seorang yang cermat dengan wang atau dana kerajaan.
Najib: Saya tidak begitu beri perhatian.
Sithambaram: Awak tidak tahu ada dana lain yang dimasukkan ke akaun anda?
Najib: Sehingga ia menjadi isu.
Sithambaram: Awak tulis cek jutaan ringgit untuk kegunaan politik
Najib: Ya.
Sithambaram: Saya hanya ingin tahu adakah cek anda tunjuk baki dalam akaun?
Najib: Tidak, tidak.
Sithambaram: Sebab itulah anda tidak tahu ada wang lain masuk selain derma dari Arab?
Najib: Betul.
Pada mulanya bekas Perdana Menteri itu mendakwa yakin mempunyai baki wang yang cukup dalam akaun AmBank tanpa memeriksa sebelum mengeluarkan cek bernilai berjuta ringgit.
Sithambaram kemudian membandingkan keprihatinan Najib terhadap coklat yang hilang dan didakwa dimakan oleh oleh anggota polis ketika membuat serbuan di rumahnya pada Mei 2018 dengan wang jutaan ringgit di dalam akaun bekas perdana menteri itu.
Ini kerana Timbalan Pendakwa Raya itu tidak berpuas hati dengan jawapan Najib yang tidak peduli terhadap wang dimiliki sedangkan beliau pada ketika itu juga merupakan Menteri Kewangan.
Bagaimanapun Najib berkata kehilangan coklat tersebut diketahuinya selepas anak perempuannya mengadu kepadanya.
Sithambaram: Saya tidak bermaksud untuk tidak hormat, tetapi saya keliru. Saya masih ingat apabila polis melakukan beberapa serbuan di rumah anda, anda sebenarnya mengadu bahawa ada coklat hilang?
“Anak perempuan saya yang mengadu (tentang coklat yang hilang itu). Coklat itu bukan saya punya,” katanya lagi sebelum perbicaraan ditangguhkan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian menangguhkan perbicaraan SRC International Sdn Bhd hari ke-65 ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 ahli Parlimen PKR keluar parti, PH

MAHATHIR TELAH HILANG AURA, MASA BERUNDUR KINI TIBA!!

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA