Skim caruman KWSP untuk isteri dilaksana suku ke-3 2020


KUALA LUMPUR: Skim sukarela bawah kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal dilaksanakan pada suku ke-3 tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah.
Beliau berkata skim bersifat sukarela itu membolehkan suami mencarum 2% daripada 11% syer pekerja kepada isteri yang bekerja atau suri rumah.
“Semalam Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (Pindaan) 2019. Kita perkenalkan 1 skim sukarela bagi suami memberikan secara sukarela 2% daripada 11% potongan yang dibuat daripada syer pekerja (suami) itu kepada isterinya.
“Kriteria skim ini bagi suami, mestilah bekerja dan mempunyai majikan, warganegara Malaysia. Ia juga terbuka kepada suami bukan warganegara yang status kerakyatan isteri mereka adalah warganegara,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau menjelaskan kriteria isteri pula mesti warganegara dan mereka bekerja atau suri rumah.
Amiruddin berkata skim tersebut merupakan pengiktirafan kepada wanita sebagai jaminan masa depan mereka.
“Ianya akan berhenti apabila terjadi pembubaran perkahwinan atau berlaku kematian. Kita berharap skim ini akan dapat sambutan yang baik daripada para suami yang budiman serta bertanggungjawab demi memberi jaminan masa depan kepada isteri itu nanti,” katanya.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 ahli Parlimen PKR keluar parti, PH

MAHATHIR TELAH HILANG AURA, MASA BERUNDUR KINI TIBA!!

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA