Skandal 1MDB: Bekas menteri mohon selesai kes lucuthak bagi mendapatkan dana 1MDB RM100,000
Peguam Sasila Basri yang mewakili Kasitah memberitahu pesuruhjaya
Mahkamah Tinggi Ahmad Shahrir Mohd Salleh bahawa mereka mahu
mengemukakan satu lagi reprsentasi kepada Jabatan Peguam Negara secepat
mungkin.“Kami dimaklumkan semalam bahawa surat representasi kami yang pertama ditolak,” katanya tanpa memberitahu tarikh pihak pembelaan mengemukakan representasi itu.
Shahrir juga menetapkan 3 Mac depan untuk pendengaran permohonan kerajaan melucuthak RM100,000 daripada Kasitah selepas timbalan pendakwa raya Nik Haslinie Hashim memberitahu mahkamah bahawa pada tahun lepas pendakwa telah mewartakan notis memanggil pihak berkepentingan untuk mencabar permohonan perlucutanhakan itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu mendapatkan kembali wang berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan pertubuhan yang didakwa disalurkan daripada akaun bekas perdana menteri Najib Razak.
SPRM juga mengeluarkan kompaun bagi mendapatkan semula RM420 juta yang didakwa dana 1MDB yang disalurkan kepada 80 individu dan pertubuhan.
Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dan pemimpin veteran Umno Shahril Samad didakwa di mahkamah selepas enggan membayar balik wang yang didakwa diterima oleh mereka.
Ulasan
Catat Ulasan