Skandal SRC: Najib sokong pinjaman kedua kepada SRC atas dasar 'harapan'

Hal ini didedahkan sewaktu pemeriksaan balas terhadap Najib, terutamanya mengenai peranannya dalam jaminan kedua kerajaan supaya Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) memberikan pinjaman kedua berjumlah RM2 bilion kepada SRC.
Sithambaram: Kamu setuju pada masa itu jaminan (kedua) kerajaan diberikan, kamu sendiri sedari bahawa SRC tidak berjaya kerana ia tidak melakukan apa-apa dengan pinjaman pertama.
Najib: Saya berharap ia akan menjadi lebih baik.
Najib: Saya berharap ia akan menjadi lebih baik.
Susulan itu, Najib bersetuju
dengan pendakwaan bahawa kerajaan perlu menyediakan SRC dengan pinjaman
jangka pendek dan geran apabila syarikat itu gagal membayar balik
pinjaman kepada KWAP.
Sithambaran: Adakah kamu setuju bahawa satu-satunya pencapaian oleh SRC adalah untuk meletakkan RM3.6 bilion di Switzerland?Najib: Sekarang, baru kita tahu.
Sithambaran: Adakah kamu tidak bertanya (tentang ini)?
Najib: Ia sepatutnya berada dalam transit untuk pelaburan.
Sithambaran: Ia tidak boleh berada dalam perjalanan selama tujuh tahun.
Syarikat itu pada asalnya merupakan anak syarikat 1MDB sebelum diambil alih oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) pada 12 Feb 2012, yang mana Najib ialah menteri kewangan ketika itu.
Menjelaskan kenapa SRC menerima jaminan kerajaan walaupun sebelum memohon pinjaman kedua daripada KWAP, Najib berkata SRC tahu mereka tidak akan mendapatkan pinjaman itu tanpa jaminan kerajaan tersebut.
Apabila Sithambaran menegaskan bahawa "luar biasa" bagi kabinet untuk mengeluarkan jaminan kerajaan tanpa SRC perlu membuat permohonan, Najib berkata terdapat memo daripada ketua setiausaha Perbendaharaan pada masa itu, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah yang mengesyorkan jaminan berkenaan.
Ulasan
Catat Ulasan